KLIK KLIK NUFFNANG

Sunday, May 10, 2009

KUIH KOCI LABU




BAHAN-BAHAN
BAHAN A


1 Peket tepung pulut


1/2 Biji labu kuning (rebus & lenyek)


1 1/2 Cawan santan pekat.
(Masak bersama sedikit garam dan tepung gandum)


Sedikit air masak


Daun pisang secukupnya.( dilayur)





BAHAN B


1 Biji kelapa muda parut


4 Keping gula melaka


1 Cawan air


Daun pandan


Sedikit garam


CARA MEMASAK BAHAN B


1. Masukkan semua bahan B kedalam kuali dan masak sehingga agak kering.


CARA MEMASAK BAHAN A


1. Gaul tepung pulut dan labu kuning hingga rata. Tambahkan air jika perlu dan uli sehingga adunan menjadi lembut.


2. Masakkan santan, garam dan tepung gandum bersama sehingga agak pekat. Kacau selalu supaya campuran tidak bergentel.


3. Isikan inti (bahan B) dan buatkan bulat-bulat seperti membuat kuih buah Melaka.


4. Rebus adunan yang telah di isi inti dan di bulat-bulatkan sehingga timbul.


5. Letakkan kuih di atas daun dan tuangkan sedikit santan pekat. Bungkus kuih dengan kemas dan rapi.

1 comment:

nashiqin ariffin said...

aduuuh I miss this little sput!!You make it better than anybody bu!!! I know it!It's the best thing in the world! Ibu can you make it when I get back home!