KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, August 16, 2011

KAD RAYA PERTAMA


Assalamualaikum.

Pagi ni saya ingin berkongsi kisah terujanya saya menerima sekeping kad raya yang di hantar oleh Mr. Postman.

Ya lah sejak akhir-akhir ini ramai yang memilih untuk mengirimkan ucapan melalui laman sosial, sms, email 

atau pun talipon saja. Tradisi menghantar kad raya melalui pos ini agak berkurangan.

Dengan setem yang memaparkan gambar sejambak kemboja pink begitu mengasyikkan saya melihatnya.


Bila di buka saya terfikir siapalah yang menghantar kad ini. Segala-galanya adalah hasil tangan pengirim itu sendiri...



Siap ada gambar ketupat lagi tuuuu.....




Rasa berbaur di dalam dada antara rasa sebak, terharu dan gembira apabila membaca tulisan ini. Tidak saya 

sangka sama sekali bahawa kad pertama ini pengirimnya adalah anak bongsu saya yang berusia 5 tahun.......


Nurlisa Qistina

Mungkin itulah antara aktiviti yang di adakan di GA. Atas kerjasama dari guru-guru dapat menerbitkan suatu 

perasaan yang amat sukar untuk di luahkan. Amat terharu saya atas keterujaan menerima kad raya pertama 

dan si pengirimnya pula adalah seorang anak kecil yang baru belajar erti berhari raya.....

3 comments:

Gee® said...

huuuu...terharu... Slmt Hari Raya azian

HALAMANKU said...

Salam akak... wah terharunyer.. tu lukisan dari hati tu kak... simpan kak kenangan yang memang mensyahdukah.. menyentuh hati ibu..

Ct Noarizah said...

Slmat berpuasa untuk hari ni...sy dh cuba resepi taugeh ikan masin dan dah postkan N3 kat blog MENU ARIZAH sy tu...tq atas perkongsian resepi yg best tu :)