Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog azian collections...
Saya nak share satu resepi yang saya rasa ramai telah mencuba lantaran ianya memang menjadi kesukaan terutamanya anak-anak. Cuti cuti sekolah ini tentu ramai emak emak yang buat untuk kudap kudapan anak anak mereka apatah lagi dah semakin hampir menjelang Syawal...kira praktis buat cookies sebelum bulan puasa...
Saya telah mencuba berbagai jenis resepi yang boleh didapati apabila kita google..kali ini saya akan sharekan satu resepi yang saya satukan dari resepi dan teknik pembuatan melalui beberapa resepi yang saya temui dan juga dari teknik membuat biskut dari video yang di postkan oleh RASA di mukabuku disamping melalui pengalaman saya mempelajari teknik membuat biskut suatu ketika dulu.
Rasa biskut ini tidaklah seratus peratus biskut Famous Amos...tetapi hampir sama..
Anak anak saya kata macammm....
Selalunya saya mulai dengan membakar almond nib selama 6 minit didalam oven berkepanasan 160 darjah celcius. Kenapa 6 minit? sebab saya diajar begitu...hasilnya perang kekuningan yang nipis...
Sejukkan dahulu dan bolehlah digunakan. Jika belum mahu di gunakan, masukkan ke dalam bekas kedap udara.(saya masuk dalam plastik dan simpul mati)
Apabila telah disejukkan doh dan anda ingin memulakan proses pembentukan dan pembakaran, barulah di masukkan almond nibs dan coklat chips(sebaiknya baru keluar dari peti sejuk). Gaul rata ya..
Selepas itu sudukan satu sudu kecil adunan. Oleh kerana kami sekeluarga sukakan biskut yang nipis dan ranggup (atas permintaan) maka saya leperkan adunan yang telah disudukan tadi.
Bila telah dibakar ianya jadi begini...
Biskut saya sedang beraksi bersama sepasang bear..
Saya packingkan ia seperti itu supaya anak-anak boleh ambil tanpa menjejaskan kerangupan
biskut yang lain.(macam nak jual rupanya..)
Kepada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah..dan cubalah sebelum menjelang ramadhan. Sekiranya hasilnya memuaskan hati bolehlah dijadikan salah satu list biskut untuk menyambut lebaran nanti...
ALMOST FAMOUS AMOS COOKIES
Sumber:Mr Google
BAHAN-BAHAN
2 Butir telur
250 gm salted butter(saya guna anchor)
1tsp baking soda(saya guna b,powder)
3/4 cawan gula perang
3/4 gula halus
1 tsp esen vanila
2 tepung gandum
(saya guna tepung biskut)
1/4 cawan almond kisar
1 cawan almond nib (boleh tukar lain...macadamia)
1 cawan chocolate chip
# gunakan bahan berkualiti untuk mendapat hasil yg enak)
CARA MEMBUAT:-
2 Jam sebelum memulakan proses, pukul telur sedikit bersama esen vanila dan biarkan.Jika di biarkan semalaman pun ok. Ayak tepung bersama baking powder dan almond kisar.Ketepikan.
Butter, gula perang,gula halus dan telur dipukul sebati. Guna sudip kayu saja pun boleh.Pukul sehingga dia sebati.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata sehingga tepung habis.
Balut adunan dengan plastik cling dan simpan di dalam peti sejuk (bahagian bawah-chiller) selama 2 jam atau lebih. Jika lama di dalam peti sejuk biarkan sehingga adunan agak lembut pada suhu bilik sebelum memulakan proses mencampur bahan kekacang dan coklat. Masukkan almond nib dan chocolate chip kedalam adunan dan gaul rata.
Panaskan oven 10 minit sebelum membakar. Gris dulang pembakar. Sudukan satu sudu kecil atau mengikut citarasa sendiri. Leperkan dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga biskur keperangan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
2 comments:
Azian, nampak sedap ni. InsyaAllah akan cuba nanti
boleh ke campur nibs and choc chips before chill?
Post a Comment