Sunday, January 29, 2012

CARA BERLAUK INTI KARIPAP


Hahaha...kenapa lak kuih cara berlauk inti karipap? Ini semua gara-gara inti karipap yang masih tinggal di 

dalam fridge hanya sedikit ajer. Nak buat karipap pun tak dapat banyak. Nanti berebut ajer anak-anak tak 

puas makan. Nak buang membazir. Timbullah idea buat cara berlauk . Tak kiralah ada kentang pada 

intinya...sedap je bila di makan....



Acuan bahulu cermai yang saya guna semasa buat kuih cara manis tempohari itu dah pasti tidak melekat maka  

saya gunakan . Cantik ajer kejadian rupanya....


Next time saya akan pastikan kulit kuih cara itu lebih 'garing'. Menurut suami saya beliau sukakan kuih cara 

yang agak garing di luar. Ahhhha...saya pun....


Masih menggunakan resepi yang sama dengan kuih cara manis, resepi dari BDARIA , cuma tambah kan inti 

karipap dan taburkan daun bawang/daun sup dan sedikit cili merah untuk mencantikkannya.

Kalau nak tengok cara saya buat inti karipap yang boleh juga di jadikan inti kuih cara, boleh klik SINI.

Oleh kerana ramai peminat kuih cara kat rumah ni, saya bercadang membeli satu lagi acuan bahulu cermai ni.

Jadi bolehlah masak banyak sikit dalam satu masa. 

Kat mana yer.... yang dulu saya beli dekat Chow Kit. Nampak gaya nya ke sana juga lah saya akan sampai 

nanti...hehehe.

Jom kita kita buat Kuih Cara Berlauk.


CARA BERLAUK INTI KARIPAP

BAHAN-BAHAN

160 gm tepung gandum

340 ml santan 

2 biji telur

2 sudu minyak masak

sedikit garam

minyak secukupnya.

 inti karipap secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bancuh tepung bersama garam dan santan sehingga tepung sebati. 

2. Pecahkan telur dan gaul rata. Tapis. Masukkan minyak masak dan gaul sebati.
(telur di masukkan setelah tepung larut supaya tidak bergentel)

3. Biarkan 15-20 minit.

4. Sapukan acuan bahulu cermai yang telah di panaskan dengan sedikit minyak.

5. Tuang batter kedalam acuan sehingga penuh acuan. Tutup acuan sebentar. Sudukan inti ditengah-tengah dan taburkan sedikit daun bawang dan cili merah yang di cincang. Tutup semula acuan. Sentiasa masak dengan api yang  perlahan sehingga selesai.

6. Apabila keliling kuih agak garing dan membeku batter di bahagian permukaan nya, bolehlah di cungkil sedikit dengan lidi dan angkat.

7. Ulangi proses sehingga selesai



3 comments:

Qasey Honey said...

sedap tgk kuih cara berlauk ni...satu kelainan...feveret inti karipap..hehehe..kena cuba jugak nnti ni...tq resepi..

Gee® said...

cara inti karipap...bagus idea tu... hehehe jangan membazer kan...

sudipVSsenduk said...

salam,
antara kuih kegemaran saya.

nice blog!