Friday, January 6, 2012

CARA MANIS





Assalamualaikum. Bertemu juga kita kembali di tahun baru 2012. Akhirnya keluar juga N3 pertama saya di 

tahun ini . Permulaan tahun, di hari pertama 2012,saya meraikan ulangtahun kelahiran . Cer tengok berapa 

batang lilin yang ada dalam gambar kat bawah.....hehehe. Inilah rutin saya setiap tahun. Orang lain berpesta mengira detik waktu berlalu 

tapi bagi saya pula mengira detik akan bertambah usia. 

Tahun ini saya mendapat 'surprise' cake dari anak-anak. Kelakar melihatkan anak bongsu saya Lisa yang tak 

pandai nak berahsia....kecoh menanyakan 'cupcake' ibu... Saat itu saya begitu sayu kerana sedar bahawa 

anak-anak saya sudah besar belaka dan dah pandai mengaturkan surprise untuk ibunya, sebagaimana yang 

saya buat kepada mereka sewaktu kecil-kecil dulu. Tahun 2011 meninggalkan kenangan yang begitu amat 

sukar di lupakan apabila bonda saya pulang kerahmatullah. Semuga ditahun 2012 ini kegembiraan dan 

kebahagiaan berada bersama saya.InsyaAllah.....



Cara manis ini kegemaran anak-anak saya. Selalunya saya buat bentuk oval kerana acuan nya dah pasti tak 

melekat. Tapi saya suka betul dengan bentuk cermai ini dan kebetulan acuan telah pun saya beli hampir 

setahun yang lalu. Cuma takut nak mencuba ajer. Telah saya sapu dan rendam dengan asam jawa tetapi 

belum lagi masuk kedalam oven seperti petua dari Bdaria. 

Kira tawakkal ajer, saya pun tenggekkan di atas dapur dengan api yang kecil selama 30 minit. Dan selepas itu 

saya sapu dengan sedikit minyak masak. Alhamdulillah tak melekat pun.....

Oleh kerana minat betul tengok kuih cara dari bdaria, maka saya pun mencubalah resepi beliau. memang 

bagus. Kalau nak tengok kuih cara beliau yang cantik tu bolehlah klik sini.



banyak gula cair...permintaan mereka....


Untuk kali pertama menggunakan resepi ini, saya tidak menambah pewarna dan saya buat garing sedikit.(saya suka yang bahagian 

garing tu) Sekali makan rasa macam makan kuih bakar pun ada. 

Puas anak-anak melayan selera kerana saya letakkan lebih gula di tengah nya sebagaimana permintaan 

mereka.

Sebagai panduan akan datang saya tuliskan kembali resepi dari Jurnal resepi bdaria ini....

(tengah tunggu time nak cuba cara berlauknya pula)


CARA MANIS

Sumber: Bdaria

BAHAN-BAHAN

80 gm tepung gandum

50 ml santan pekat
(saya guna mms)

120 ml air perahan daun pandan

1 biji telur

sedikit garam

minyak secukupnya.

sedikit gula untuk intinya

CARA MENYEDIAKAN:
(cara saya)

1. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan sukat sebanyak 120ml.

2. Bancuh tepung bersama garam, air pandan dan santan sehingga tepung sebati. 

2. Pecahkan telur dan gaul rata.
(telur di masukkan setela tepung larut supaya tidak bergentel)

3. Biarkan 15-20 minit.

4. Sapukan acuan bahulu cermai yang telah di panaskan dengan sedikit minyak.

5. Tuang batter kedalam acuan sehingga penuh acuan. Masukkan sedikit gula di tengah-tengah dan tutup acuan.Masak dengan api yang begitu perlahan.

6. Apabila permukaan rata dan membeku batternya, bolehlah di cungkil sedikit dengan lidi.

7. Ulangi proses sehingga selesai.




Surprise cake dari anak-anak....


10 comments:

Liza said...

salam kak...bestnya kuih cara tu, Liza dah lama xbuat...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Azian...
bak sini seketul 2 buat minum ptg hehehe

Unknown said...

Kakzana pun suka sgt kuih ni, rasanya ni kuih yg paling kerap dibuat sejak pandai memasak.

Cheq Sue said...

salam kak yan... rendam acuan dalam air asam jawa tu petua x bagi lekat ke? saya ada jugak acuan camni, tapi serik nak guna asyik lekat aje

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam...salam kenal
slmt hari lahir kak Azian...sama tarihk dgn ank bungsu sy 6 jan..
cara manis feberet sy, lama dah teringin nk cuba ni,,c/p resepi ye tq
saranur74 blogsport

Azian Nd said...

wkmsalam,
Liza, akak pun gitu jg..tp bila beli rasanya tak puas hati,tu yg buat jg...

Azian Nd said...

Wkmsalam mamahawa,
jemputlah...derderet ajer tu...hehehe.

Azian Nd said...

Kakzana..
wah tentu dah expert yer...

Azian Nd said...

Wkmsalam Cheq Su,
akak sapukan asam jawa yang dibancuh pekat-pekat dan dibiar semalaman.Basuh dan letak di atas api dapur dgn api yang kecil selama 30 minit. Biar ajer dia kat situ....

Azian Nd said...

Mama sara nur,
Selamat berkenalan...happy bday utk anak mama sara yer...
Cubalah buat...selalunya anak2 suka kuih ni..