Assalamualaikum .... Semuga pagi ini ceria-ceria hendaknya seceria dan segirang kicauan burung yang singgah
bertandang di halaman rumah saya yang dipenuhi rimbunan pohon-pohon menghijau dan bunga-bungaan ber
bau harum....
Masih lagi dalam mood raya? Masih ada lagi yang menjemput ke open house dan yang nak buat open house
juga....Tentu dok plan nak masak apa untuk tetamu yang berkunjung.
Semalam memang saya berhajat benar membuat Mee Bandung. Selalunya saya gunakan pes yang segera
ajer. Tapi hati begitu beria-ria ingin mencuba yang segar. Maka saya pun membuat sedikit revision kat internet
mengenai Mee Bandung terutamanya yang asli. Digabung pula dengan tips-tips yang di beri di peket-peket
pes instant. Saya bukan orang Johor tetapi suka makan Mee Bandung maka tentulah mahukan yang terbaik.
Kalau kat sini jika teringin nak makan Mee Bandung yang 'kick' selalunya saya ke Restoran Baser di Bandar
Puteri Puchong aje...
Memang sedap! Percubaan yang saya anggap berjaya kerana di puji oleh suami (pengkritik utama saya) dan di sarankan supaya jika
buat makan-makan tetamu datang kerumah saya, Mee Bandung ini sebagai salah satu menu utama selain Tahu Anura. Wah wah wah...dah ada menu baru pulak yer......
Jika ada yang nak menerima tetamu saya cadangkan masak Mee Bandung ni... penyediaan kuahnya boleh di
buat awal sedikit untuk sebatikan rasa kuah dan menyedapkan ia lagi. Jadi tidak lah kita terkejar-kejar
memasak! Selamat mencuba...
MEE BANDUNG @ AZIAN COLLECTIONS
BAHAN-BAHAN
300gm daging
300 gm udang basah
300 gm sotong
fish cake
(optional)
250 gm udang kering*
(rendam)
10 tangkai cili kering*
(rendam dgn air panas)
10-15 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai
(dititik)
3 biji kentang
( rebus,buang kulit & kisar)
200 gm kacang tanah
(sangai, buang kulit & kisar kasar)
1 peket mee kuning
sawi
telur
tahu
( digoreng)
bawang goreng
daun sup
2 1/2 tbsp gula
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:-
1. Rebus daging sehingga empok dan hiris nipis-nipis. Jangan di buang air rebusannya.(Jika nak lembut dan cepat guna ajer presure cooker.)
2. Kisar bahan yang bertanda*. Siang sotong dan udang( jgn dibuang kulit utk rasa manis)
3. Tumis bahan kisar dalam minyak yang lebih sedikit kerana udang kering menyerap minyak.
4. Tumis sehingga agak garing dan masukkan 1/2 cawan air. Masak kembali sehingga agak garing/naik minyak.
5. Masukkan air rebusan daging sambil dikacau selalu supaya tidak bergentel-gentel kuahnya.(tambahkan air jika kuahnya sedikit) Masak hingga menggelegak.
6. Untuk memekatkan kuah masukkan kentang kisar sambil di kacau kuah nya.Masukkan juga kacang tanah
7. Masukkan daging, sotong dan udang juga fishcake (jika suka) juga gula dan garam secukup rasa.
8. Akhir sekali pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuah secukupnya. Jangan di kacau . Tutup api. Biarkan telur masak dengan kepanasan periuk saja.
9. Hidangkan bersama mee yang telah di celur, hirisan tahu goreng dan sayur sawi yang telah direbus dahulu. Taburkan bawang goreng dan hirisan cili hijau.
Nota:-
1. Pes udang kering perlu di masak dgn api kecil sehingga benar-benar garing utk rasa kuah yang sedap.
2. Jika suka telur 1/2 masak, telur di pecah hanya sewaktu hendak menghidang.
3. Celur mee hanya dengan mencurahkan air panas kedalam bekas mengandungi mee gaul rata dan toskan.
Mee sekarang cepat masak/kembang.
4. Ketika merebus/celur sayur sawi, masukkan setitik dua minyak masak untuk mencantikkan warna hijau daun sawi.
1 comment:
eh .. eh .. mcm best je resepi ni.nnti boleh la kakchik cuba. thnks for sharing ye.
Post a Comment