Sunday, September 4, 2011

TOM YAM MUDAH TAPI SEDAP!


Assalamualaikum.

Jalanraya mulai penuh sesak dengan kederaan untuk pulang kerumah sendiri setelah hampir 

seminggu di kampung halaman.Hari ini pasti ramai yang akan memulakan perjalanan menghantar anak-anak 

kembali ke asrama termasuklah saya yang akan ke Melaka menghantar anak sulong saya ke Kolej.

Akan bermulalah beraya di kota pula dan sesaklah semula jalanraya di Klang Valley ini ...

Pada mereka yang kehabisan idea untk memasak bagi tetamu yang akan berkunjung bolehlah mencuba Tom 

Yam saya ini....Enak dimakan bersama bihun atau mee. Manalah tau tiba-tiba ada tetamu menalifon nak 

datang kerumah...Apa lagi...masaklah Tom Yam ini yang senang di masak sedap dimakan....

Pasti tak mengecewakan kerana malam tadi sewaktu saya hidang untuk makan malam, habis kuah nya di 

hirup anak-anak...tu tandanya mestilah sedappp!




TOM YAM MUDAH TAPI SEDAP!

BAHAN-BAHAN

200gm isi ayam

6-8 ketul ayam
(bahagian bertulang spt kepak,kaki ,leher)

1 mangkuk sederhana air

100 gm sotong

100gm udang

1 kiub tomyam knor

2 tsp cili paste mae phranom

2 tbsp sos ikan

karot

kobis bunga

putik jagung

3 batang serai
(dipotong-potonng menyerong)

3 helai daun limau purut

2 biji limau nipis

Daun ketumbar

2 biji tomato
( potong 4

1 biji bawang besar kuning
(hiris kasar)

4 biji cili akar
(titik)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Rebus bahagian bertulang ayam sehingga empuk. Ketepikan ayam itu dan tinggalkan air rebusannya sahaja.

2. Masukkan serai, daun limau purut, kiub tomyam, cili paste, sebiji tomato, cili akar  dan sos ikan. Gaul rata.

3. Masukkan pula isi ayam yang telah di hiris nipis dan masak sebentar.

4. Masukkan pula sayur-sayuran yang telah di potong mengikut suka dan bawang besar . Biarkan sebentar.

5. Akhir sekali masukkan udang, sotong, tomato dan air limau nipis. Kacau rata dan masukkan garam jika perlu.

6. Api hendaklah sentiasa kuat semasa memasak tomyam . Celurkan bihun atau mee sebelum di hidang......

Taburkan daun ketumbar untuk aroma yang lebih sedap.



5 comments:

mamanajmi said...

Salam Azian & Selamat Hari Raya!
Saya pun baru buat bihun/mee tomyam semalam.Mmg idea yg bagus kalau ramai sedara/kenalan dtg berkunjung, ringkas tp sedap.Nanti nk cuba pula resipi Azian ni, tentu sedap!!

HALAMANKU said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir n batin tuk Kak Yan sekeluarga..
mmmm memang sedap tu kak.. tapi betullah time2 cam ni memang sedap dapat menu tom yam.. bab dah boring ngan nasi impit rendang... he he he join sama nak hirup2 he he he

E-na Zarina said...

Selamat hari raya kak Azian..maaf zahir batin dari e-na...baru nak berjalan raya umah kwn2 maya...ada lg ke sekut raya...klu dh abis hidang kek lapis pun jadilah...hihii

Gee® said...

sedapnya... kecur air liur dibuatnya
Selamat Hr Raya Azian Maaf Zahir & Batin

cikmanggis said...

harap masih blom terlambat untuk ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin...sekarang ni setiap ahad dan sabtu ada jemputan rumah terbuka..badan dah kembali asal..baju pun dah sendat hehe..dah lama tak makan Tomyam..Cm suka Tom yam yg extra pedas..sedap!!