Wednesday, April 13, 2011

SERI BUAH MELAKA




Assalamualaikum.....

Buah Melaka kali ini adalah version tergoda bila tengok channel AFC yang menayangkan cara-cara membuat 

kuih buah Melaka style Baba dan Nyonya. Kebetulan anak kedua ku Amirul telah buka mulut minta di 

buatkan kuih bulat-bulat ada kelapa dan inti gula tu...Dia lah yang paling suka kuih buah Melaka di dalam 

rumah ku ini tetapi tak tahu nama sebenarnya.





Tiada beza  resepi dengan kuih buah melaka yang biasa tu cuma ditambah sedikit santan ajer.

Untuk memeriah kan suasana agar lebih berseri ,kali ini saya warnakan adunan nya dengan kalor hijau, merah 

dan kuning agar tampak lebih berseri dan dinamakan dengan nama Seri Buah Melaka.


SERI BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN

1 peket tepung pulut

sedikit garam

gula melaka
( hancurkan)

kelapa parut putih
( kukus sebentar agar tahan lama)
sejuk kan ..+ sedikit garam-gaul)


1 sudu air kapor
(jgn terlalu pekat nanti berbau maung)

1/2 cawan santan pekat

air daun pandan secukupnya

Pewarna.


CARA:-

1. Gaul rata garam dan santan.

2. Masukkan ke dalam tepung pulut beserta air kapor. Gaul rata. Tambah kan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil di gaul rata sehingga menjadi adunan yang sebati tidak terlalu cair atau keras.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.

4. Bulatkan doh sebesar syiling 20 sen dan masukkan inti gula melaka. Buat sehingga selesai.

5.Didihkan air dan masukkan bebola mengikut kalor masing-masing.

6. Pastikan ia timbul baru diangkat kerana itu menandakan bebola sudah masak.

7. Angkat dan tos kan airnya . Curahkan bebola kedalam kelapa putih. Gelek-gelekkan dan sedia di makan.


Nota: jika hanya kalor hijau masukkan air daun pandan di dalam air rebusan.


8 comments:

Unknown said...

uhh..favourite ni..masa bujang2 dulu kat umah suka buat kuih buah melaka...

Nuridah said...

Assalamualaikum Azian,

sedapnya buah melaka ini...dah lama tak buat kuih ini...kita panggil onde2 aje.

Sheila Shafeareen said...

As'salam kak yan..lama betul x mkn kuih buah melaka ni...kuih petama buat masa di skl mng time (SRT) form 1..ingat lagi...apa pun mkn sini boleh nak yg warna2....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam azian..
dah lama jugak tak buat buah melaka ni... selalu dlm bulan puasa mesti cari kuih ni...

Azian Nd said...

Izatmurni,
sekali sekala pekena kui begini...sedap jg kan....

Azian Nd said...

Hi Sheila...ingatkan siapa td...
ya la...akak pun belajar buat kui ni masa frm 1....

Azian Nd said...

Assalamualaikum Nuridah,
Apa khabar? ya memang ada yg panggil onde2. klu kami kat sini panggil buah Melaka....

Azian Nd said...

Madiha,
memang sesuai utk berbuka yer...