Friday, April 8, 2011

KEK PISANG


Sewaktu pulang dari menghantar emak dari Hospital Serdang tempohari, abah saya membekalkan sesikat 

pisang . Saya tidak tau apa nama pisang itu tetapi pokoknya rendah dan apabila masak kulit pisang tetap 

berwarna hijau dan mengeluarkan bau yang sangat harum. Dari dulu saya hanya memanggilnya dengan nama 

'pisang rendah'.

Saya memang teringin nak buat kek pisang kerana nak tau bagaimana pula rasanya setelah di jadikan kek.

Setelah dilenyek tekstur pisang tidak lebam  tetapi kekuningan dan bersih saja rupanya. Teringat saya ketika 

remaja dulu saya rajin menggoreng pisang rendah yang telah tua begitu saja tanpa di celup tepung dan di 

makan dengan gula....sungguh berlemak!



Untuk memastikan kek saya pasti menjadi saya mencuba resepi dari Kak Nor- secubit garam. Tq Kak Nor. 

dan hasilnya memang sedap! Ini di akui oleh teman saya Lin dan Yanti yang kebetulan datang bertandang.

Menurut kata mereka sungguh gebu dan tiada rasa 'pahit' seperti kebanyakan kek pisang.

Untuk memudah kan teman-teman mencuba saya salin semula di sini.Semuga kita dapat manafaat dari resepi 

yang di panjangkan....

KEK PISANG

BAHAN-BAHAN

250 gm Tepung gandum
(saya guna soft flour)

125 gm butter
(cair dan sejukkan)

100 gm minyak jagung
(saya guna minyak biasa)

225 gm pisang lecek
( saya lebihkan sedikit)

15gm ovallate

5 biji telur A
(saya guna AA)

150 gm gula kastor 

1 camca teh soda bikarbonat

secubit garam

1 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:-

1.Ayak tepung bersama soda bikarbonat.

2. Pukul telur ,ovallate dan gula hingga kembang dengan kelajuan tinggi.

3. Masukkan pisang dan esen vanila . Putar dengan speed perlahan.

4.Masukkan tepung ,minyak dan butter cair berselang seli.

5. Tuang ke dalam pan yang telah di griss dan di taburkan sedikit tepung.

6. Bakar dengan kepanasan 160-C selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing.


8 comments:

K.Nor said...

azian, kek pisang jd pahit sbb kandungan b/soda yg berlebihan. bila b/soda (terlebih) digabungkan dgn b/powder yg buat rasa pahit tu.. k.nor biasanya akan kurangkan 1/2 dari sukatan b/soda dalam mana2 resipi yg perlu letak ia bersama dgn baking powder (baking powder tak leh dikurangkan takut kek kurang naik tp b/soda tak per kalau kita kurangkan utk elakkan rasa pahit).. apa kata lepas ni cuba kek pisang bercoklat pulak ya.. yg tu lagi sedap :)

EmbunRosaliza said...

sedap kek tu gebuss je..ooo pisang pendek ..mmg harum n sedap je mkn gitu je kan

Anonymous said...

mmg xtruk gula k?

Azian Nd said...

anonymous, tq ingat kan saya...terlepas pandang!

55555 said...

Please boleh tak tanya

55555 said...

Kenapa saya buat kek pisang selalu rasa pahit????saya tengok tak lah terlalu masak

55555 said...

Please bagitahu saya kenape ??

55555 said...

Help me