Sekali sekala kita memang gemar yang plain ajer. Tak berlemak dan tidak cepat muak. Pertama kali saya
makan kuey teow ini di sajikan oleh seorang teman, Shidah dan selepas itu makan di rumah teman lain.
memang sedap apatah lagi jika di tambah lebih cili.
Gandingan kuey Teow, kacang tanah goreng, daun sup, lobak asin, bawang putih goreng , taugeh (saya tak letak kerana kehabisan stok!) dan yang
penting
kuah nya yang 'plain' aje begitu mengasyikkan bila di makan.
Sangat sesuai untuk yang tidak berselera .
Selain Kuay Teow boleh juga di gantikan dengan mee atau bihun.
Untuk resepi klik di N3 lama saya ......saya catatkan juga cara yang lain sedikit di bawah....
KUEY TEOW SUP
BAHAN-BAHAN
1 peket kuey teow
2 ketul dada ayam
1 mangkuk air
2 Ulas bawang putih
(ketuk)
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
Sedikit lada sulah
daun bawang
(hiris)
taugeh
lobak asin hancur
(cuci dan tos)
Bawang putih
(cincang dan goreng)
cili api
kacang tanah
CARA MENYEDIAKAN
1. Rebus dada ayam bersama buah pelaga, bunga lawang,kulit kayu manis dan serbuk lada putih hingga ayam masak .
Keluarkan ayam dan toskan. Carik-carikkan ayam. Lebihan air rebusan di letakkan garam secukup rasa.
2. Kisar cili api dengan sedikit garam ,gula dan sedikit cuka.
3. Goreng bawang putih yang di cincang hingga garing. Campurkan bawang dengan minyaknya sekali dan sejukkan.(bawang dengan minyak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan dgn microwave bila hendak di gunakan dan masih ranggup)
4.Kacang tanah goreng ditumbuk kasar.
5. Untuk menghidang, masukkan kuey teow (telah di siram dengan air panas di dalam tapisan dan di tos) dan bahan-bahan pelengkap yang lain dan curahkan sup. Jangan lupa cili untuk lebih ummph!
Nota: Tidak perlu bawang goreng dan daun sup.Ia akan merubah rasa .
Rempah utk menumis tak perlu banyak kerana ia akan mengubah rasa.
1 comment:
wah.. tgk blog pun dh rasa lapar ni..
salam kenal..
lwt2 la blog aku..
Post a Comment