Salam. Dulu-dulu saya gemarkan potato bun dari Carrefour Subang Jaya. Setiap kali pergi ke situ pasti
seplastik di capai. Tapi kini Tesco berhampiran rumah juga telah menghasilkan rasa dan kualiti yang sama.
Rasa ingin mencuba sendiri begitu kuat dan sememangnya saya yakin mampu membuatnya cuma saya
perlu mencari resepi yang mana satu yang berjaya memenuhi citarasa saya. Sebenarnya ini juga suatu cabaran
buat diri saya untuk menghasilkan potato bread yang lemak berkrim dan gebu.
Resepi pertama ini saya ambil dari dapur Mamafahmi. Disebabkan beliau seorang yang agak pakar membuat
roti-roti ni...maka saya 'harus' mencuba. Hasil nya tidak mengecewakan dan bagi kali pertama membuatnya
saya rasa puas hati. Resepi beliau juga telah di cuba oleh beberapa teman dari Facebook . Thanks Mama for sharing....
Bagi mereka yang ingin mencuba saya catatkan resepinya di bawah...
POTATO BUNS
BAHAN-BAHAN
150ml susu segar
1/2 egg -setengah lagi untuk egg wash
2 tbsp gula kastor
90 gm kentang lenyek
(ditimbang selepas lenyek)
350 gm tepung roti
1 tbsp milk powder
4 gm yis kering
1/2 tbsp butter
Custard :
2 tbsp tepung kastard
3/4 cawan fresh milk
3 tbsp gula
- Masak bahan kastard di atas api perlahan hingga pekat.
CARA:-
1. Satukan semua bahan membuat roti. Uli sehingga adunan lembut dan tidak melekat.
( saya gunakan mixer)
2. Perap adunan sehingga naik dua kali ganda.
3. Tumbuk adunan untk membuang angin di dalam adunan. Bahagikan doh sama rata. Bulat-bulat kan dan masukkan kedalam loyang. Perap lagi selama 30-40 minit.
4. Sapukan egg wash dan paipkan custard di atas nya.
5. Bakar selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C atau mengikut oven masing-masing.
2 comments:
nak cuba ni ....
salam kak Azian,
Tahniah tahniah tahiah,
Saya tabik lah...!!!!!!
Post a Comment