Tuesday, December 21, 2010

Strawberry Caramel Cake



Percubaan pertama saya buat kurang mendapat sambutan dari anak-anak. Entah mengapa anak-anak saya 

kurang menggemari Kek Karamel tetapi cuba buatkan Kek Coklat, belum keluar oven dah tunggu nak 

rasa....... Maka tak bolehlah selalu di buat.

Saya pula begitu suka sekali ingin membuatnya. Akhirnya peluang itu datang juga. Adik lelaki saya baru 

pulang dari menunaikan haji dan saya bercadang bertandang kerumahnya. Dalam hati teringin benar untuk 

mencuba Strawberry Caramel Cake maka peluang itu saya gunakan. 

Alhamdulillah menjadi dan warnanya pun menarik  dengan perasa strawberry pada puding dan juga kek. 

Resepinya sama ajer spt yang saya buat dulu  hanya di tukar susu untuk pudingnya kepada susu Strawberry 

dan ditambahkan sedikit perasa Strawberry pada bahan kek nya.


STRAWBERRY CARAMEL CAKE

BAHAN-BAHAN

KARAMEL

60 gm gula 

2 Sudu air

KASTARD

500 ml susu Strawberry

70 gm gula kastor

4 biji telur


KEK

140 gm tepung gandum

secubit baking powder

3 biji kuning telur

70 gm gula kastor

135 gm air

45 ml minyak masak

MERINGUE

6 biji putih telur

70 gm gula kastor

1 tsp cream of tartar
( saya gantikan dgn lemon)

CARA MENYEDIAKAN

1. Griskan loyang dengan sedikit butter. Panaskan oven 160 -C.

2. Masak gula dengan api perlahan untuk membuat karamelnya sehingga menjadi perang kekuningan. Masukkan 2 sudu air dan kacau hingga gula larut.

3. Tuang kedalam loyang tadi.

4. Satukan kesemua bahan untuk membuat kastard dan kacau perlahan agar tidak berbuih.Tapis dan masukkan kedalam loyang ber karamel tadi.

5. Pukul putih telur , lemon dan gula hingga betul-betul kembang. Biarkan.
( Telur tidak jatuh jika diterbalikkan mangkuknya)

6. Satukan semua bahan membuat kek dan pukul hingga kembang.

7. Masukkan putih telur kedalam adunan kek dan gunakan sudip kayu/spatula untuk kaup balikkan ia. Jangan terlebih memukul pada step ini kerana akan membuatkan kek bantat.

8. Bahagikan kepada pilihan warna dan perisa yang di kehendaki.( saya guna strawberry paste )

9. Ambil sesenduk sebarang warna dan letak di tengah. Letak pula sesenduk yang lain di atas warna pertama dan begitulah seterusnya hingga habis. 

10. Jika ingin lebih berselerak warnanya ambil lidi sate atau chopstick dan benamkan hingga kebawah sambil di tarik seperti membuat garisan.

11. Bakar dengan cara water bath selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.

12. Terbalikkan apabila kek telah sejuk. Masuk kan kedalam peti sejuk untuk lebih enak dan tahan lama.




1 comment:

Anonymous said...

anak2 tie tgk jer kek kaler pink nie terus suruh tie buat....nampak gebusssss sgt....