Monday, December 20, 2010

LAKSA PENANG


N3 kali ini mengingatkan saya kembali kezaman dolu-dolu sewaktu mengajar di sebuah sekolah. Biasalah bila 

tiba hari raya mesti ada 'rumah terbuka' atau 'makan-makan' untuk kawan-kawan. Saya juga tidak 

ketinggalan.

Nak jadikan cerita, seorang guru lelaki ini memang cuba nak dekat-dekat dengan saya. Kebetulan pula dia 

berasal dari Penang. Bila dia makan ajer laksa yang saya masak itu katanya...teringat laksa masakan ibunya...

Laksa saya itu sama macam yang ibunya masak....hehehe....saya kata betul ka?,,, betul tak tipu katanya....

Wallahualam saya sendiri pun tak tau samada jujur dia berkata begitu atau sekadar untuk mengambil hati...tak jalan punnn..

Yang pasti saya telah belajar membuat laksa dan kuah nya sejak remaja lagi dari seorang kakak, isteri 

Pegawai Belia di daerah tempat saya tinggal bernama Kak Ani (org utara nooo)

  Mereka yang pernah merasanya pasti tahu bagaimana....nak tau? Tanyalah jiran-jiran saya....hehehe



Pelengkap Laksa...

dan yang penting....kuah nya...



LAKSA PENANG

BAHAN-BAHAN

1 Peket Laksa

1/2 Kilo ikan kembung/sardin

2 senduk cili kisar

5 biji bawang merah

3 biji bawang besar

1 Inci belacan

2 batang bunga kantan

secekak daun kesum

Asam gelugur

1/2 cawan air asam jawa


PENYEDAP RASA

Cili merah

Daun salad

timun

daun pudina

Bawang besar

Telur Rebus

Petis

Limau kasturi


CARA MENYEDIAKAN KUAH

1. Rebus ikan yang telah dicuci bersama beberapa keping asam gelugur. Apabila telah masak toskan dan jangan di buang airnya.

2. Asingkan isi dan tulang ikan apabila telah sejuk.

3. Kisar isi ikan hingga halus bersama sedikit dari lebihan air rebusan tadi.

4. Kisar juga tulang ikan yang telah di asingkan tadi. Tapis.

5. Kisar bawang dan belacan. Masukkan kedalam periuk bersama isi ikan yang telah di kisar,cili kisar dan juga air dari tulang ikan yang di kisar. Tambahkan air supaya kuah begitu cair.

6. Masukkan 3 keping asam gelugur dan air asam jawa, bunga kantan yang telah di belah dua , daun kesum dan didihkan di atas api yang sederhana.

7.Apabila kuah mulai pekat tambahkan garam secukup rasa.Teruskan mendidih hingga kuah pekat seperti yang di kehendaki.


Nota: Kuah lebih enak di masak lebih awal tanpa dimasukkan daun kantan dan kesum.
Hanya masukkan kedua-dua bahan itu apabila didihkannya semua.



LAKSA

1. Rendam laksa semalaman. Jika menggunakan laksa kecil spt dalam gambar, hanya celur sebentar sahaja.
Toskan.

2. Hidang bersama hirisan sayur-sayuran, telur, petis dan limau  ...jangan lupa...kuahnya!



1 comment:

Anonymous said...

wahhhh sedapnya....feberet nie...tambah kalau boh nenas byk2 lg power ....terliur tgk....