Sunday, December 12, 2010

Ketam Goreng Berempah


Hari ini saya dan suami ke Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan. Itulah rutin kami berdua seminggu atau 

2 minggu sekali terpulang kepada jadual aktiviti kami. Kali ini saya membeli ketam yang kecil-kecil untuk di 

buat goreng. Kalau di restoran Thai ia di panggil Deep Fry Soft Shell Crab. Tapi kali ini saya guna ketam 

biasa aje. 

Memandangkan anak-anak memang sukakan ketam maka saya beli lebih sedikit dan saya juga masak 

Kerutuk Ayam sebagai gandingannya. Suami saya awal-awal lagi telah mengingatkan supaya tidak masak 

lauk beraneka jenis. Cukup sekadar sejenis lauk dan gandingannya beserta hidangan sayur. Saya ini jenis 

yang kadang-kadang idea tu dtg mencurah dan teringin mencuba pelbagai masakan di satu-satu masa.

Anak-anak memang gemarkan ketam goreng berempah itu dan anak ketiga saya Ikmal peminat ketam no 1 dalam rumah ini bertanya "Ibu buat 

sendiri ker tepung nya...?" Ini kerana beliau asyik mengunyah tepung nya yang garing itu...

Untuk Ikmal, di sini ibu tuliskan resepinya agar suatu hari nanti  ianya mudah di cari apabila teringatkan

 Ketam  Goreng Berempah ibu....

Kepada yang ingin mencuba silakan.....


KETAM GORENG BEREMPAH.

BAHAN-BAHAN

1 kilo ketam
( dibersih dan toskan)

3 Sudu makan tepung gandum

3 Sudu makan tepung beras

1/2 peket rempah ikan

lada sulah, garam

1 sudu telur

Air secukupnya

CARA MENYEDIAKAN

1. Campurkan kedua-dua tepung, sedikit lada sulah, rempah dan garam. Gaul rata.

2. Masukkan air secukupnya -batter perlu tidak terlalu cair atau pekat. Masukkan telur dan kacau rata.

3. Celupkan ketam dan goreng didalam minyak yang panas. Terbalikkan selalu supaya masak rata hingga kekuningan. Angkat dan tos kan.


Nota:- Boleh juga di tambah ketumbar dan daun kari. Sukatan batter jg boleh di gunakan utk goreng pisang dgn hanya ketepikan rempah dan lada sulah. Untuk lebih garing tambahkan sesudu kecil planta.

  


1 comment:

Cendana Kasih said...

dh lama jugak tak pegi pasar borong ni.. bukan apa, stok ikan pancing masih banyak..saya kalo pegi pasar borong tu, mesti borong sume skali, dari gas, barang2 basah sampai la kering, dan frozen food... sana murah sikit.. tawaf satu pasar borong tu..puas hati... hehe... ni pun cadang nk pegi jugak jap lagi, stok telur dah abis..