Antara sayur yang bila di masak habis dimakan. Saya sekeluarga memang gemarkan sayur di masak begini.
Manis ajer. Lebih-lebih lagi yang segar dari Cameron Highland ker....Rasa nak pergi jer Cameron Highland
tambah-tambah tengah panas-panas gini.....
Kalau malas nak masak banyak-banyak jenis cukup sekadar kobis goreng kicap dan ikan goreng.
Begitu sedap di ganding dengan masak lemak atau kari.
Walaupun mudah dan mungkin ada yang berkata sayur goreng kicap pun nak masuk N3 saya tetap nak
masukkan untuk rujukan anak-anak dan teman yang buntu idea untuk memasak sayur!
SAYUR GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kobis
2 Biji cili merah*
3 biji bawang merah*
2 Biji bawang putih*
segenggam ikan bilis/ udang kering*
( rendam sebentar)
Kicap manis/ masin secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN
1. Potong kobis cuci dan tos.
2. Tumbuk bahan yang bertanda *
3.Tumis bahan yang ditumbuk dgn sedikit minyak( anggaran 3 sudu besar) hingga kekuningan/agak garing.
4.Masukkan kobis dan gaul rata. Tuangkan sedikit kicap manis dan sedikit kicap masin.
5. Jangan masak kobis terlalu lembik kerana ia akan lebih sedap bila masih ada keranggupan nya.
3 comments:
saya pun suka makan sayur, tp lebih suka kalo mak/orang lain yg masakkan...mmg panas skrg ni kan..rasa mcam nak masuk dalam peti ais jer..
salam kak Azian,
Emm InsyaAllah tak lame lagi saya dapat makan benda yg kat ats tu heheh
Salam,
Cikgu Zam, sabar ajelah.....
Mah,
Masakan yg mak masak memang tak da tandingan. Akak pun gitu jg klu org lain msk campak2 pun sedappp....
Post a Comment