Monday, August 23, 2010

TEPUNG PELITA




Semalam seharian tidak kemana-mana. Selain menyudahkan aktiviti memotong baju untuk di jahit saya 

memasak Nasi  Lemak , Tahu Anura dan juga Tepung Pelita sebagai pemanis mulut untuk juadah berbuka.

Nasi Lemak yang berlaukkan ayam goreng berempah saya bungkuskan dengan daun pisang untuk 

mendapatkan aroma yang lebih enak. Tahu Anura merupakan hidangan wajib yang mesti di buat ketika bulan 

ramadhan dan baru semalam saya dapat memenuhinya. 

Ramadhan kali ini jadual agak ketat ditambah pula saya perlu menyiapkan baju kurong untuk anak-anak dan saya sendiri

Memandangkan resepi Nasi Lemak Ayam berempah dan Tahu Anura pernah di catatkan dan boleh di lihat 

pada N3 terdahulu, maka saya akan catatkan di sini resepi Tepung Pelita pula. Saya cuba pula resepi yang di 

perolehi dari Bdaria dan sumber terdahulu adalah dari MyResepi. Seperti Bdaria, saya juga suka yang dikukus.

Sewaktu berbuka saya dapati teksturnya ok cuma jika di masa akan datang saya akan adjust sedikit dengan 

menambah sedikit lagi tepung beras supaya agak keras sedikit terutamanya di bahagian atasnya.

Apa pun saya puas hati dengan resepi tersebut dan saya suka lihat warna hijau pada bahagian bawah kuih 

kerana saya gunakan pewarna asli iaitu pandan serani.






TEPUNG PELITA

Sumber : Bdaria/ MyResepi

BAHAN-BAHAN


1 cawan tepung beras

5 cawan air

5-7 helai daun pandan (dikisar bersama dengan 1 cawan air diatas)

4-5 helai pandan serani(kisar bersama daun pandan)

1/2 tsp air kapur

gula secukupnya

Lapisan atas

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

4 cawan santan 

1 tsp garam (ratakan)

Kelongsong daun pisang secukupnya

CARA MENYEDIAKAN.

BAWAH

1.Satukan semua bahan kecuali gula dan tapis.

2. Masukkan gula sebanyak 1 sudu kecil kedalam kedalam setiap kelongsong.

3. Masak bahan yang ditapis hingga pekat sedikit.. 

4. Tuang kedalam kelongsong saparuh acuan saja.

ATAS

1. Satukan kesemua bahan dan masak hingga agak pekat.

2. Tuang ke dalam kelongsong yang telah berisi lapisan bawah.

3. Kukus sebentar. Angkat dan sejukkan.

Nota: Ada kala saya letak chestnut kiub kedalam bahagian bwh sepserti membuat kuih tako.



NASI LEMAK BUNGKUS AYAM BEREMPAH


TAHU ANURA

5 comments:

ain said...

salam kak yan...tepung pelita tu fav anak saya yg tua. Dulu b4 dok asrama, tak pernah miss setiap kali bulan puasa. now ni dpt beli hanya setiap kali dia balik cuti je.

Yat Maria said...

Salam Azian,

Saya amil resepi ya..ada masa ingin cuba..tapi tak reti lipat2 daun, Yat pakai acuan plastik aja..

Azian Nd said...

Salam,
Yat, lipat daun mudah aje. Guna kotak mancis sebagai ukuran.Guna 2 keping daun pisang baru kukuh. Cuba yer....

ain,
memang ramai yg suka, hati ibu memang selalu ingatkan kegemaran anak.Akak pun gitu jg....

HALAMANKU said...

Salam kak Azian rajinnyer wat tepung pelita dalam daun he he he erma wat taram dalam bekas plastik puding tu he he he.. memang best.. kalu resepi johor + sengkuang cina..kat bahagian hijau tu kak.. bila mkn rangup2 gitu he he he

Azian Nd said...

Salam Erma,suami akak pun suka yg ada chestnut tu tp tak da stok pulak hr tu....