Hari ke4 puasa tentunya dah mula biasa dengan keadaan di bulan Ramadhan.Para isteri tentu mula menyelak-
nyelak resepi berbanding hari sebelumnya. Risau juga jika apa yang kita masak tidak memenuhi citarasa
keluarga maka tong sampah juga yang kembong perut.
Hari pertama puasa tempohari hubby membeli murtabak di bazar ramadhan tetapi kecewa kerana harganya
mahal dan tepung di dalamnya tidak masak. Sekeping rm 4 tentulah hasilnya kita harap memuaskan tapi
hampeh!
Moral of the story jangan beli di kedai yang tak biasa . Untuk memenuhi citarasa anak-anak dan kebetulan
roti masih ada banyak aku membuat sausage roll dan sardin roll. Anak-anak suka ibu dan abah juga suka.
Dan yang penting gerenti sedap dan habis !
Kepada anak-anakku dan yang lain jika nak buat sausage dan sardin roll gini yer.....
SAUSAGE ROLL
BAHAN-BAHAN
Sausage
(rebus sebentar)
Roti Gardenia
CARA MENYEDIAKAN:
1. Gelek permukaan roti supaya rata.
2. Masukkan sausage dan gulong.
3. Celupkan kedalam telur yang telah dipukul bersama garam & lada sulah.
4. Goreng dengan api yang sederhana.
SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN
1 tin kecil sardin
1 Ulas bawang merah
(hiris nipis)
Limau secukup rasa
Garam secukup rasa
Roti gardenia
CARA MENYEDIAKAN
1. Ikan sardin diambil isinya sahaja. Hancurkan
2. Masukkan garam,bawang hiris dan limau. Gaul rata.
3. Gelek permukaan roti dengan penggelek.
4. Masukkan sedikit sardin dan gulong kemas-kemas.
5.Celup kedalam telur dan goreng di atas api yang sederhana. Angkat dan toskan
Nota: Potong kedua-dua roll dan paipkan sos cili dan mayonise.
2 comments:
Salam K.Azian mmm syedap tu.. bila wat camtu lagi mudah nak makan n nampak meriah..
Erma memang betul tu terus ngap ajer...
Post a Comment