Mee Rebus ini aku masak untuk menghilangkan rasa boring asyik makan nasi . Makan malam yang tidak
terlalu berat tetapi di gemari oleh seisi keluarga. Kebetulan stok tulang dan daging masih ada di dalam peti
sejuk.
Beginilah selalunya aku memasak Mee Rebus . Cuma hari ini tiada kuih udang ku letakkan kerana 'terlebih'
rajin dan tiada siapa yang nak keluar rumah membeli kuih udang di kedai mamak. Apa pun semuanya habis
dan puas hati menikmati Mee Rebus yang ku masak itu.
MEE REBUS
Sumber: Azian Collections
300gm tulang lembu^
300 gm daging^
1 peket mee kuning
2 ketul keledek
( keledek kuning utk warna kuah yg cantik
rebus/ lenyek/kisar)
2 Sudu udang kering*
(rendam)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 Inci halia*
3 btg serai*
1 inci lengkuas*
4 Sudu cili kisar*
Air Asam jawa
Tahu goreng
Kentang rebus
(goreng sebentar)
Taugeh
Bawang goreng
Cili potong
Daun Sup/ bawang
Limau kasturi
Telur rebus
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus bahan bertanda ^ hingga empuk. Hiris daging nipis-nipis
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing. Masukkan air rebusan tulang dan daging .Masukkan juga tulangnya.
4. Seterusnya masukkan keledek yang telah dikisar. Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.
5.Hidang mee kuning yang telah di celur ,taugeh, hirisan tahu goreng,kentang, bawang goreng, telur rebus, cili potong, daun bawang/sup, daging dan kuih udang hiris.
6. Tuang kuah di atasnya ketika panas.
1 comment:
salam kak
saya yakin sedapppppppp!!!!!
Post a Comment