Friday, July 30, 2010

AYAM PANDAN THAI



Anakku Imran mahu turut serta bersamaku berpuasa semalam. Suatu latihan yang agak sukar juga untuk 

seorang anak sekecil itu terutamanya di waktu orang lain bebas menikmati makanan. Sebagai 'reward' untuk 

nya aku memasak Nasi Ayam kegemarannya juga Ayam Pandan Thai. Sebenarnya aku teringatkan Ayam 

Pandan Thai yang kami makan di Restoran Chiengmai, Sg Buluh tempohari. Puas sudah aku melayar laman 

sesawang  tetapi tidak menepati citarasaku. Aku ingin mencari resepi yang seakan-akan rasanya seperti yang 

kurasa tempohari lalu aku cuba menokok tambah bahan-bahan melalui apa yang kulihat di kaca tv dan juga 

melalui 'rasa' ayam itu tempohari. 

Anak-anakku cukup menyukainya dan pastinya ia akan kerap diminta oleh mereka.Walaupun proses 

pembuatannya agak rumit tetapi hasilnya begitu memuaskan hati dan juga dapat menjimatkan wang 

memandangkan makanan ini agak mahal. Jom layan resepinya. Kepada teman-teman yang telah mencuba, 

tolong bisik-bisik kan hasilnya kepadaku ok......




AYAM PANDAN THAI
Sumber: Azian Collections

1 Peket ayam kisar

300 gm isi ayam
(Potong kiub kecil)

6 Biji bawang merah#

3 Biji bawang merah#

1/2 cawan santan pekat^

3 Sudu besar gula merah/nira^

2 Sudu madu^

4 Sudu cili kisar#

3 Sudu ketumbar*

2 Sudu jintan manis*

2 Sudu jintan putih*

2 batang akar ketumbar#

3 batang serai #

1 1/2 inci halia#

3 hiris kulit limau purut#

3 Helai daun limau purut
(hiris halus)

2 tangkai daun ketumbar
(hiris nipis)

Air limau nipis
(sebiji )

2 1/2 Sudu besar tepung jagung

Garam secukup rasa^

2 Sudu besar sos tiram^

2 Sudu besar sos ikan^

2 Sudu besar minyak bijan^

4 Sudu besar kicap pekat^

Daun pandan secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:

1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus.

2. Kisar halus bahan bertanda # - lebih elok jika ditumbuk kerana kurang air.

3. Satukan ayam kisar dan ayam yang di potong kiub.

4. Lumurkan dengan semua bahan bertanda ^ dan semua bahan lain kecuali daun pandan. Gaul rata.

5.Gunakan teknik sperti membuat ketupat palas ketika membalut bahan dengan daun pandan - balutkan saja supaya isi tidak keluar bila di goreng jika tidak tahu membalut seperi ketupat daun palas.

6. Perap sekurang-kurangnya sejam - lagi lama lagi baik/sedap

7.Goreng ayam pandan dalam minyak penuh dan api sederhana. Bila daun nampak agak garing angkat dan tos kan sebentar. Hidang bersama sos thai ( mae pranhom) dan keropok sayur.






5 comments:

EmbunRosaliza said...

Salam Azian..tentu harum semerbak masa goreng ayam ni kan...sedapnya, puas hati kalo buat sendirikan

bdaria said...

Rajinnye azian membungkus....nampak sedap sangat.Insyaalah kalau nak buat nanti saya ambil resepi nie.

Azian Nd said...

Kak Rosaliza,
memang harum satu rumah....selalu makan kat luar tak puas buat sendiri boleh makan lebih dan tepati rasa kita....

Bdaria,
memang penat nak bungkus...tp puas hati. Cubalah...

cikmanggis said...

pasti sangat sedap ni dgn bau pandan.Insyallah nak cuba bulan ramadhan nanti.Terima kasih sudi berkongsi resepi.

Azian Nd said...

Salam CM,
Pada saya memang sedap...memang patut di cuba ketika ramadhan.