Ketika mengemas stok simpanan di dalam store tempohari, masih berbaki beras pulut lebihan dari membuat
Pulut Mangga. Sebelum dimakan oleh bubuk lebih baik aku menggunakannya. Walaupun aku sememangnya
punya resepi sendiri turun temurun dari emak yang sememangnya sering membuat kuih Serimuka untuk
jualan suatu ketika dulu, tapi aku begitu teruja ingin mencuba resepi dari CMG ini. Untuk resepi kali ini aku
gandakanya supaya stok beras pulut itu aku gunakan sepenuhnya.
Memandangkan telah lama tidak berkumpul bersama jiran & teman yang rapat denganku, aku telah
mengambil kesempatan menjemput mereka bersama menikmati Kuih Serimuka itu untuk minum petang.
Alhamdullillah kerana walaupun mereka bekerja tetapi masih dapat meluangkan masa balik awal untuk
bersama. Meriahlah sedikit rumahku petang ini dengan gurau senda kami.
Antara teman/nbors yang datang.
1 comment:
Aslmkm Azian.
Kak G pun dah lama tak buat sendiri!
Post a Comment