Wednesday, April 21, 2010

NASI GORENG KAMPUNG


Malam tadi aku dan suami tidak makan malam di rumah. Entah mengapa tiba-tiba teringin pula menikmati asam pedas Melaka di gerai sahabat suamiku yang terletak di F7 Puchong Permai. Hah penangan Asam Pedasnya habis sepinggan nasi. Memang enak dan tidak perlu ke Melaka untuk menikmati Asam Pedas se enak itu. Menurut kata sahabat suamiku itu mereka dari Ampang pun mencari Asam Pedasnya sehingga ke sini. Yang specialnya ia dimasak di dalam claypot .
Oleh kerana aku telah masak nasi untuk malam tadi dan anak-anak memilih burger untuk makan malam mereka, lalu seperiuk nasi tidak berusik. Sebagai jalan penyelesaiannya aku pun memasak nasi goreng kampung. Mungkin ada berbagai cara untuk memasak nasi goreng kampung dan inilah salah satu cara yang mudah dan cepat.

BAHAN-BAHAN

1mangkuk besar nasi

3 Biji cili merah*
(tambah cili api jika suka pedas
@ buang biji cili utk anak2)

6 Ulas bawang merah*

2 Ulas bawang putih*

Segenggam ikan bilis*
(rendam)

Isi ayam (optional)

2 Butir telur

Sedikit kobis


CARA MEMASAK

1. Kisar bahan yang bertanda * (tumbuk lebih baik)

2. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau/kekuningan. Masukkan garam secukup rasa.

3. Masukkan pula ayam. Masak hingga ayam benar-benar masak. Kemudian masukkan telur dan kacau rata supaya telur sebati bersama rencah. Masukkan pula kobis dan masak sebentar.

4. Masukkan nasi dan kacau rata. Masak sebentar dan bolehlah diangkat.

Nota: Saya suka keadaan telur yang agak garing. Kemudian baru di masukkan nasi & sayur.


1 comment:

Cikgu Zam said...

salam kak,
saya kalau masak nasi goreng kampung, saya suka bawang putih banyak ckit ditumis dan, (",)rasa sangat luar biasa klu banyak bawang putih ala garing2 ckit mase tumis tu hehehh