Sejak beberapa hari ini aku hanya masak 'ulang tayang' tapi yang ini telah terlepas pandang dari senarai aksi di blog ku ini. Memang agak lama juga aku tak masak ayam padprik. Anak-anak memang suka bila aku masak masakan itu terutamanya anakku yang kedua Amirul. Terperanjat suamiku melihatkan anaknya itu makan nasi bertambah-tambah berlaukkan ayam padprik. Tak perlu masak lauk lain jika tiada masa kerana ia sudah cukup sempurna segalanya. Ada ayam sebagai lauk dan sayur-sayuran .
Tentulah dah habis kannnn....dah lama masaknya....dan aku fikir nak masak kembali untuk minggu ini. Memang menjadi kesukaanku memasakkan makanan kegemaran mereka memandangkan waktu luang untuk mereka agak terhad dengan jadual yang padat. Biarlah mereka 'enjoy' dengan 'selera' pula.
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ayam
(dipotong kecil)
4 Sudu besar cili kisar
3 Sudu makan sos tiram
3 Ulas bawang putih
4 Ulas bawaang merah
1 Inci halia
Sedikit kicap manis
4 Sudu makan cili sos
4 Sudu makan air asam jawa
garam & gula
SAYUR-SAYURAN
Kobis bunga
kacang panjang
Karot
putik jagung
Capsicum
Daun limau purut
3 Batang serai(di titik)
Cili akar (di titik)
CARA MEMASAK
1. Cuci bersih ayam dan lumur bersama sedikit lada putih dan garam.
2. Goreng hampir masak.
3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk hingga naik bau.Masukkan pula serai dan daun limau purut.
4. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
5. Masukkan sos tiram, cili sos dan kicap. Kacau rata.
6. Masukkan ayam dan air asam jawa. kacau rata.
7. Masukkan sayur-sayuran yang dikehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula. Angkat dan hidang.
2 comments:
salam, masakan yang sungguh menyelerakan dan terbaikk..!!!!
TQ Cikgu Zam...ni mesti kegemaran cikgu juga kan.......hehhehe
Post a Comment