Keadaan cuaca yang sekejap hujan dan panas membuat kan aku kurang sihat dan tiada idea dan tenaga untuk masak memasak. Apatah lagi keletihan menguruskan anak-anak bersekolah. Tak sampai hati pula membiarkan blogku ini sunyi dengan cerita lama maka aku masukkan N3 yang telah kubuat pada tempohari. Teruja melihat kecantikan nya apatah lagi lepas seorang demi seorang mengeluarkan N3 mengenainya aku pun terpanggil untuk mencuba. Dan inilah hasilnya malah mendapat gelaran baru 'Paddle Pop Pudding' dek kerana warnanya hampir sama dengan ice cream kegemaran anak-anak ku. Hasil c&p dari blog LOVE . Tq LOVE and sorry I angkut resepinya kerana kepala tengah mamai makan ubat selsema......tak da mood nak menaip ...Cuma pudding ini kutambah dengan perasa sunkist. Jom layan...gambar nye ajelah yea.....
Bahan:-
- 1 paket agar2 serbuk (13 gm)
- 675 ml air
- 225 gm gula pasir
- 65 gm butter
- 4 biji telor saiz sederhana
- 1/2 tin susu cair Carnation
- 1 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
- beberapa titis pewarna.
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan.
Nota:- Jika tidak suka manis sila kurangkan kuantiti gulanya....
6 comments:
Wow, cantik berseri puding akak nih tau! Love terasa nak ngap pulak! kekeke ;)
Bes kan puding nih kak! Credits to the recipe owner! ;)
ye lah...betul2 dh mcm eskrim paddle pop dahh!! hehe
Salam Azian....paddle pop...sesuai sangat ...kena dengan warna warni tu...bilalah nak rajin ni!
emmm sedap nye..how I wish I can eat it!!
Klu Nak buat puding gedik mcm dalam bottle kena lebihkan air ke? Tq
Ya Azlina..
Post a Comment