Friday, January 1, 2010

NBOR'S DAY OUT





       Surprise cake from frenz




                            







                                            

Malam tadi aku dan beberapa jiran di kawasan kediamanku bersepakat untuk minum-minum. Acara yang telah agak lama kami tinggalkan ekoran dari kekangan waktu. Akhirnya berjaya juga kami berkumpul dan kebetulan malam tadi adalah malam countdown New Year & juga kebetulan B'day aku.
Bertempat di Naili's Place Taipan USJ, walaupun agak ramai pada malam ini di situ memang rezeki kami mendapat tempat yang agak strategik ,duduk bersimpuh di gazebo yang dibawahnya pula kolam ikan. Bunyian air pancut menghalang perbualan kami yang agak bising dengan bermacam cerita dari menganggu orang lain.
Menjelang detik 12 malam aku dikejutkan dengan 'surprise cake' dari teman-teman ku. Terima kasih teman-teman kerana turut meraikan ku. Begitu juga teman di blog ini yang turut sudi melayangkan ucapan kepadaku .
Kepada Kak Gee dari A Different Perspective, thanks for the vitual gift....


      
              vitual gift from Kak Gee













2 comments:

Watierman said...

Happy Birthday Azian....there goes another year older....Moga Allah panjangkan Usia...murahkan rezeki dan mendapat keberkatan dalam hidup...Amin!

E-na Zarina said...

bestnya..surprise!!!