Thursday, December 17, 2009
AYAM PAPRIKA
Telah lama ingin mencuba resepi yang di beri oleh anak saudaraku Hafizi. Selalu mendengar cerita dari kakak ku bahawa setiap kali beliau masak ayam panggang paprika ini pasti habis. Hari ini banyak aktiviti telah ku buat dan rasa letih sedikit. Malas pula hendak membawa anak-anak makan di luar, tidak juga untuk memasak beria di rumah. Lalu pilihan yang terbaik adalah mencuba resepi Fizi yang tak perlu berkecah di dapur. Sungguh mudah dan yang pastinya sedappppp....
BAHAN-BAHAN:-
1 Ekor ayam
1/2 Buku butter
Rempah paprika
1 kiub ayam
(aku pandai-pandai letak)
Satukan butter, rempah paprika dan kiub ayam yang telah dihancurkan. Gaul rata di bawah kulit menyelaputi isi ayam juga di atas kulitnya serta didalam perut ayam. Panggang/ bakar di dalam oven selama 1 1/2 jam.
Nota: Balut dengan aluminium foil jika ingin hasil yang sedikit lembab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Wow...Kak Azian, Love dah bawak bekas besar2 nih! Nak tapau ayam tuh! uish uish..sedapnyaaaa! :)
Hi aslmkm Azian.
Masakan yg simple mmg sedap dimakan panas2 kan? Kak G pun selalu buat keje gini gak .. kita org satu fmly istilahkan 'masak cong2' Tp paprika Kak G guna lbh merah lg. Jika guna pes (cili padi + bwg putih + sedikit halia + garam) & butter pun sedap!
Lupa plak ... Salam Maal Hijrah & tk di atas keprihatinan tempuhari ya.
Memasak nih memang kena yang ringkas je. Campur macam-macam jadi pelik lak rasa masakan. Kalau nak makan bbq pun kena pilih-pilih jugak herba barat yang perlu digunakan. Tak boleh main campak je. Herba-herba tu bukan murah. Kadang-kadang ada gak herba yang kalau kita guna ke tak guna ke, rasa masakan mcm tu jugak. Jadi gunakan herba yang benar-benar ketara je untuk perapan. Mcm resepi ayam paprika tu elok diperapkan bersama rosmary. Baru la ketara rasa baratnya. Sumber : http://westernfood.yolasite.com/
to Michael, welcome to my blog. Thanx for the info...
Post a Comment