Wednesday, November 4, 2009

TENGGIRI SWEET SOUR


Bila buka fridge, ternampak pula ikan tenggiri yang ku beli di pasar borong tempohari. Selalunya ikan ini aku lebih gemar masak Kari atau Asam Pedas. Terfikir pula kurang sesuai pula jika digandingkan bersama Masak Lemak Udang yang menjadi menu utama hari ini.. Lalu teringat pula satu lagi masakan kegemaran anak-anak iaitu Sweet Sour. Dah lama tidak menggunakan ikan tenggiri untuk masak masakan itu.
Seperti biasalah bagaikan rindu... anak-anak makan dengan cukup berselera. Nak cuba...jom kita tengok resepi nye yea...

BAHAN-BAHAN:-

1 Ekor ikan tenggiri

2 Senduk cili kisar

1 Inci halia

5 Biji bawang merah

3 Biji bawang putih

1 Senduk sos cili

1 Cawan air asam jawa

Nenas dalam tin

Capsicum

Bawanag besar

Garam & gula


CARA MEMASAK:-

1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan kunyit.Goreng hampir garing.

2. Tumbuk/kisar kedua-dua bawang dan halia.

3. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili kisar. Masak hingga cili betul-betul masak.

4. Masukkan cili sos , air asam, garam dan gula.Masak hingga agak pekat.

5. Masukkan nenas, capsicum dan bawang besar yang telah di potong kiub. Biarkan sebentar.

6. Akhir sekali masukkan ikan. Gaul rata dan angkat.


2 comments:

Cikgu Zam said...

salam, cikgu zam juga gemarkan akan keindahan alam. Ikan masak masam manis pun adalah kegemaran saya,,,,,,, Bagus resipi tu

Unknown said...

Sedap! Anak-anak semua suka makan 💖
Terima kasih share resepi. Semoga diluaskan lagi rezeki. Aamiin Ya Mujib