Tuesday, September 8, 2009

NASI LEMAK HIJAU


Pertama kali melihat Nasi Lemak Hijau ini ketika bersarapan di sebuah restoran iaitu Restoran

Ubi Kayu Usj
, rasanya agak pelik juga. Ingin mencuba kerana pada fikiranku ianya berbeza

hanya dari segi warna sahaja. Kebetulan blogers Nurkasih dan Home Sweet Home mengeluarkan

N3 mengenai Nasi Lemak Hijau ini lalu aku pun bertambah bersemangat untuk mencuba, buat

juadah berbuka.

Nasi Lemak Hijau ini ku gandingkan bersama Sambal Sotong Kering, Daging Dendeng aka Daging

Hitam Manis
, telor rebus , kacang dan timun. Puas hati dengan cubaan pertama ini dan akan

memperbaiki apa yang kurang akan datang. InsyaAllah.


BAHAN-BAHAN

4 Cawan Beras Wangi

1/2 Cawan air daun pandan
(Tambah sedikit pewana hijau)

4 Cawan santan

3 Ulas bawang merah(hiris)

Garam.


CARA MEMASAK:-

1. Cuci beras. Campurkan semua bahan dan kacau sekali sekala supaya santan tidah pecah minyak.

2. Then tak payah buat apa lagi... biar aje dalam 'rice cook





SAMBAL SOTONG KERING

BAHAN-BAHAN

1 Peket sotong kering

3 Senduk cili kisar

5 Ulas bawang merah

2 Ulas bawabg putih

Sedikit belacan

Bawang Besar
(potong bulat-bulat)

Air asam jawa

Garam & gula


CARA MEMASAK:-

1. Rendam sotong bersama 'abu chang' hingga sotong kembang.( Kali ini just rendam mcm tu je tanpa 'Abu Chang"

2. Tumis bawang yang telah dikisar bersama belacan hingga garing. Kemudian masukkan cili dan masak agak lama supaya cili tidak pedar.

2. Masukkan pula sotong yang telah di potong dan di cuci. Masak sehingga sotong lembut.

3. Tambahkan garam, sedikit gula dan asam jawa. Masukkan bawang besar dan masak sebentar.


NOTA: Hidangkan nasi bersama lauk pauk ,kacang tanah goreng ,ikan bilis, telur rebus dan timun.

No comments: