Tuesday, September 1, 2009

KENTANG BILIS BERCILI



Anak sulongku akan bertolak pulang ke Perak. Memandangkan bas akan bertolak pada pukul

3.30 pm aku memasak awal sedikit agar dapat di bekalkan kepadanya. Takut nanti tidak sempat

untuk membeli juadah berbuka setibanya di sana. Antara makanan kegemaran beliau yang aku

fikir praktikal untuk dibawa ialah Kentang Bilis Bercili. Masakan ini dapat di simpan agak lama.

Tapi kali ini aku tidak menggunakan cili api tetapi hanya menggunakan cili kisar sahaja. Ia

merupakan makanan pembuka selera bagi kami seisi keluarga.


BAHAN-BAHAN

5 Biji kentang
(goreng seperti kerepek)

300gm ikan bilis

Sedikit kacang tanah

10 Tangkai cili kering
(remdam dengan air panas)

4 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

sedikit belacan

Garam dan gula.


CARA MEMASAK:-

1. Goreng ikan bilis,kentang dan kacang tanah berasingan. toskan minyaknya.

2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.

3. Tumis garing bahan kisar. Tambah kan garam, gula dan perasa secukup rasa.

4. Gaul rata kesemua bahan yang di goreng dan angkat.

Nota : Jika suka masukkan juga tempe goreng.

1 comment:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Sedapnya... Saya pun suka makan kentang bilis bercili nie... Best kak :)