Wednesday, July 29, 2009

GULAI UDANG ALA IPOH STATION


Udang lagi !!! Ini adalah N3 kedua mengenai udang. Tapi resepinya berbeza...

Seorang teman begitu meminati Gulai Udang di Ipoh Station. Pertama kali menikmati hidangan

itu bersamanya dan melihat betapa berseleranya temanku itu seolah-olah mencabar aku untuk

mencubanya dirumah. Lantas setiap rasanya kuamati dan seterusnya aku berkata kepadanya

bahawa rasanya aku juga mampu menyediakan Gulai Udang sebegitu.

Atas desakan naluri yang berkobar-kobar aku mencubanya hari ini walaupun aku tidak dapat

mencari udang galah. Tak da udang galah, udang biasa pun belasah ajelah..

Dan hasilnya aku menerima jawapan dari juri tak bertauliah iaitu temanku yang

begitu sinnonim dengan rasa Gulai Udang di Ipoh Station. Katanya 'superb'. dan aku mesti

mengajarkan resepinya....


PERLUKAN:-

1 Kilo Udang

1/2 Kilo santan.

Garam & asam keping

1 Helai daun kunyit
( Hiris / potong ikut suka)


BAHAN A

15 Biji cili api

1 1/2 inci halia

1 1/2 inci kunyit hidup

1 1/2 inci lengkuas

6 Batang serai

6 Ulas bawang merah

3 Ulas bawang putih

1 Helai daun kunyit



CARA MEMASAK:

1 Kisar bahan A .

2. Masak bahan A bersama santan hingga sebati. Masukkan udang dan masak sebentar sambil

dikacau. Angkat udang dan teruskan memasak kuah hingga pekat.

3. Setelah kuah agak pekat seperti yang di kehendaki masukkan udang, daun kunyit,asam keping, garam dan

perasa (jika perlu).

4. Masak sebentar supaya udang tidak keras. Angkat dan hidang bersama sambal belacan dan

sayur goreng atau ulam.

No comments: