KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, June 10, 2011

PEGEDIL DAGING



Pegedil ker begedil? bunyi nya seakan serupa dan rupa serta rasa mungkin juga sama. Apa pun jangan 

bedegil sudah lah......

Pegedil ini saya buat untuk makan bersama mee sup .Dah lama juga saya tak membuatnya kerana proses 

membuatnya memakan masa dan kini saya sudah tak punya banyak waktu terluang.

Ada berbagai teknik membuat pegedil ini dan kali ini saya hanya menggunakan daging yang di cincang.  

Selalunya saya menggunakan teknik menunbuk daging...Mungkin di lain waktu saya akan mengeluarkan N3 

teknik sebegitu pula.

Antara bahan utama yang perlu ada untuk membuat pegedil ialah bawang goreng. Dengan menambah bahan 

itu akan menaikkan lagi bau dan rasa pegedil lebih-lebih lagi jika bawang goreng yang dibuat sendiri.





Saya membentuk pegedil hanya sebesar syiling 50 sen agar lebih mudah dimakan dan cantik molek bentuknya.


PEGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN

4-5 Biji kentang

300 gm daging

1 cawan bawang goreng

1 labu bawang besar

2 Ulas bawang putih

lada sulah

2-3 tangkai daun bawang

1 tbsp rempah kari daging

2 sudu makan sos tiram

1 Biji telur

CARA MEMBUAT:-

1. Kupas kentang potong iris kasar-kasar dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan minyaknya.
Setelah itu tumbuk sehingga lumat.

2. Cincang daging , bawang besar dan daun bawang.

3. Tumbuk bawang putih hingga lumat. Tumis bawang yang ditumbuk bersama sedikit minyak sehingga kekuningan.

4. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Masukkan pula serbuk kari. Gaul rata dan masak sehingga daging empuk. 

5. Masukkan sos tiram , lada sulah dan garam secukup rasa. 

6. Masukkan pula bawang besar dan masak sehingga bawang layu. Angkat dan satukan bersama kentang yang telah di tumbuk.

7. Masukkan juga daun bawang, bawang goreng dan sedikit gula. Gaul rata kesemuanya. Bentukkan bulat-bulat leper sehingga habis.

8. Celup kedalam telur yang telah di kocok bersama garam. Goreng sehingga kekuningan.


1 comment:

mamanajmi said...

Saya mmg suka mkn bergedel ni. nk cuba buat ikut resipi ni lah esok.boleh kan? kentang dh beli td hehe...