Friday, June 24, 2011

ASAM GELUGUR


Assalamualaikum. 

Kali ini saya tak mahu bercerita mengenai resepi tetapi ingin berkongsi cerita mengenai bahan yang sering di 

gunakan di dalam masakan terutama masakan berkuah.

Buah gelugur ataupun Garcinia Cambogia mempunyai banyak khasiat. Jika nak kuruskan badan juga boleh 

gunakannya.Buah gelugur ini amat cantik rupa parasnya tetapi rasanya amatlah masam so jangan mudah 

tergoda dengan rupa paras yer...hihihi...

Selalunya saya sering melihat kakak ipar yang membuat asam gelugur atau lebih dikenali dengan asam keping .
Kali ini saya membuatnya sendiri. Bukan apa sekadar ingin mencuba.

Buah gelugur perlulah di cuci dan dibelah dua. Hiris nipis-nipis dan susun di dalam talam.




Dalam cuaca yang panas sekarang ini amat sesuai untuk menjemur hirisan buah gelugur.

Saya mengambil masa selama 3 hari untuk mengeringkanya dan hasilnya begini...



Asam gelugur/asam keping buatan sendiri cantik rupa parasnya.....tidaklah hitam-hitam si tampuk manggis!

Dan di bawah ini adalah daun gelugur yang diracik halus. Selalunya saya masak gulai lemak ikan bersalai atau ikan biasa 

ajer (yg sedap ikan tenggiri la...) atau masak lemak ikan sardin.Wallaaaa...makan berpinggan-pinggan lah 

jawap nya....

Daun gelugur juga boleh di gunakan dalam masakan. Daun yang dipilih haruslah yang agak keras sedikit tetapi 

bukanlah yang tua, agak-agak yang kedua atau ketiga dari pucuk yang berwarna merah.

Yang ini di racik oleh cik abang saya....kurang haluslah  la bang! tapi itu dah cukup baik kerana dia sudi 

membantu! betul tak? Saya belajar makan daun gelugur pun dari keluarga sebelah suami.

Dan sebelum ini juga saya tak pernah lihat daun gelugur! Kepada mereka yang tak pernah tengok bolehlah 

tengok kat sini puas-puas yer......



Daun gelugur harus diramas dengan garam, cuci dan perah sebelum di gunakan sebagai pengganti asam keping.


3 comments:

lina_pg said...

cantik jer asam keping home made..

noorsafone said...

azian..cantik je asam gelugur yg dh kering tu..tak hitam pun...daun gelugur tu ...campur ikan...masak lemak cilipadi,sedap tu..

Gee® said...

hisyy...nengok asam keping pon terlior... rupenyer