Saturday, April 30, 2011

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


Ini adalah hidangan gandingan bersama gulai siput sedut. Saya teruja betul melihat pucuk paku yang di jual di 

pasar malam itu. Sungguh segar bugar! Selalunya secekak dijual rm1.50 atau rm2. Tapi kali ini di jual secara 

timbang. Terkejut saya bila mendengar penjual berkata harga sekilo sayur pucuk paku rm 10. Perempuan 

yang beratur di depan saya mengurangkan kuantiti pucuk pakunya tetapi akhirnya dia tak jadi beli juga kerana 

mungkin dia pun rasa mahal. Suami saya berkata kalau hendak ambil saja la...saya begitu seronok melihat 

kesegaran sayur dan semuanya berdaun muda. Kebetulan saya pun tak ambil banyak kerana 

hanya untuk kami berdua aje. Apa pun terperanjat juga bila mendengar harga itu.

Selalunya saya masak gulai lemak pucuk paku dengan ikan bilis atau goreng belacan aje.

Jika dulu sewaktu tinggal dengan keluarga saya kami selalu buat kerabu pucuk paku. Tetapi sekarang saya 

jarang membuatnya kerana hanya saya seorang yang makan.


Senang ajer nak masak Pucuk Paku Goreng Belacan ini...

Kepada mereka yang baru nak belajar boleh la mencuba cara saya ini.


PUCUK PAKU GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN

1-2 ikat pucuk paku

1-2 biji cili merah

1 sudu udang kering
(rendam sebentar)

3 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

 1 Inci belacan
(bakar)

sedikit gula dan garam

CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk semua bahan kecuali pucuk paku hingga lumat.

2. Siang pucuk paku,cuci dan toskan.

3. Tumis kan bahan yang di tumbuk dengan sedikt minyak masak hingga bebau wangi .

4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan pucuk paku dan gaul rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Masak jangan terlalu layu. Angkat dan hidang.



2 comments:

Fauziah Samad said...

salam. selalu kjee buat kangkung goreng belacan. pucuk paku hanya goreng dengan udang kering. kena try macam ni pulaklah. thnx.

cikmanggis said...

pucuk paku mmg kegemaran cm..goreng sedap,masak lemak sedap dan buat kerabu lagi sedap:)