Monday, March 14, 2011

CHICKEN FLOSS BUN


Salam sejahtera. Lama sungguh tiada N3 terbaru dari saya. Kekangan waktu memaksa saya meninggalkan 

sebentar arena mengupload N3 ni selain masalah teknikal lain .

Hari ini anak-anak berkumpul di rumah sempena cuti sekolah. Untuk awal minggu ini kami tidak kemana-mana 

hanya menghabiskan waktu dirumah menyelesaikan 'homework'. Di pertengahan minggu nanti kami akan 

bercuti.

Sempat juga saya membuat roti untuk kudap-kudapan anak-anak dirumah. Kali ini saya membuat Chicken 

Floss Bun, sausage roll dan pizza. 



Menggunakan adunan yang sama hanya di bentuk mengikut citarasa anak-anak. Sedar tak sedar dah tiga biji 

Chicken Floss Bun tu masuk kemulut saya. Sungguh lembut dan berlemak. 

Untuk floss nya saya beli yang di jual di kedai dan jika rajin boleh lah di ganti serunding daging.

Chicken Floss kali ini saya gunakan yang berasa pedas sedikit. Seperti biasa saya guna kan resepi yang sama 

seperti N3 terdahulu. Jika anda ingin mencuba di sini saya catatkan semula.


CHICKEN FLOSS BUN

BAHAN-BAHAN

500 gm tepung roti

60 gm butter

1 biji telur gred A
(50 gm)

237 gm air ais

7.5 gm dry yeast

10 gm full cream milk powder

5 gm bread improver

100 gm gula kastor

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Satukan semua adunan dan uli sehingga doh tidak melekat dan licin.
( saya guna mixer)

2.Tutup doh dengan kain lembab dan perap doh selama 1 jam atau sehingga doh naik berganda.

3. Tumbuk adunan utk membuang angin.

4. Bahagi adunan dengan timbangan 40 gm setiap satu.( ikut suka)

5. Bulat-bulatkan dengan telapak tangan di atas meja/papan pencanai supaya permukaan bebola menjadi rata/smooth.

6. Bentukkan menjadi bun yang agak lonjong. Biarkan ia naik sebentar.

7. Sapukan eggwash dan bakar selama 20 minit dengan kepanasan 160-C @ mengikut oven masing-masing.

8. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk sapukan sedikit mayonise yang telah di campur rata dengan sedikit susu pekat manis. Tabur dan tekap-tekapkan Chicken Floss.


8 comments:

MamaFaMi said...

Sedapnya... Azian beli chicken floss tu kat mana ye?

Yana Shaiful said...

salam..suka sgt dgn chicken floss ni..

Azian Nd said...

Mama,
Kat bagus S. Alam...

Yana,
samala kita....

syahada said...

nk buat chicken floss 2 blah jgk kann...
tapi camane nk buat . . .
biase beli jer kat kedai roti nie...
now rase mcm nk buat sndiri la plak.. :)

Azian Nd said...

Syahada,
Memang lebih jimat buat sendiri.
Untuk floss nya saya selalu beli yg kat kedai ajer.

Unknown said...

Bole tau kt mane beli chicken floss ni x. Kt kedai ape n brape ringgit. Tq

Eh! Pop Media said...

salam

Eh! Pop Media said...

Salam. Saya Amir dari iluminasi.com.

Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

Resepi tidak diambil. Namun, kredit dan link kepada blog puan telah diberikan.

Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-roti-chicken-floss-paling-lembut-dan-berlemak.html

Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi dengan kadar segera melalui email: amirwrites_271@yahoo.com.

Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai. :)