Monday, December 6, 2010

Kuih Koci Pisang


Inti kelapa dari kelapa muda yang saya buat tempohari masih ada. Sebenarnya saya memang terfikir nak buat 

kuih koci kerana inti kelapa muda yg sebegitu enak begitu sukar untuk diperolehi .Saya inginkan kepuasan 

dalam menikmati kuih koci!


Di atas meja terdapat sesikat pisang yang telah masak terlalu ranum. Teringat saya suatu ketika dulu ketika 

anak sulung saya masih kecil, saya pernah makan kuih koci pisang buatan kakak ipar. Wow! dah lama sangat 

tu...hampir 18 tahun yang lalu...dan kembali saya segarkan ingatan itu....

Inilah hasilnya....kami sekeluarga menikmati Kuih Koci Pisang sebagai minum petang. Dengan rasanya yang 

manis-manis masam dan inti kelapa muda berbau harum gula melaka membuatkan terasa nikmat menikmati 

kuih koci!



KUIH KOCI PISANG

BAHAN-BAHAN

1/2 peket tepung pulut

4 Biji pisang
(saya guna pisang nipah) 

1/2 cawan santan cair
(+ sedikit garam)

sedikit air jika perlu

Inti kelapa secukupnya

Daun pisang.
( layurkan sebentar di atas api)

1 cawan santan pekat
+ 1 sudu tepun gandum+ sedikit garam
( masak hingga pekat)


CARA MENYEDIAKAN

1. Lenyek pisang hingga lumat.

2.Gaul rata pisang,tepung pulut dan santan hingga menjadi doh yang tidak melekat. Tambahkan sedikit air jika perlu.

3. Ambil sedikit doh leperkan dan isi kan inti kelapa.

4. Sapukan sedikit minyak di atas daun pisang, Letakkan sedikit santan pekat dan doh yang berinti tadi.

5.Lipatkan ketengah sedikit hujung kiri kanan daun pisang dan kelepetkan ke bawah.

6. Buat sehingga habis doh dan kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 30 minit.



Nota: Untuk resepi dan cara membuat inti sila klik di sini.



2 comments:

Yatie said...

Salam Azian,
Satu kelainan ni kuih koci pisang...inti kelapa muda lagi..mmng terasa kesedapannya....msk list dulu ni...

DDrfauziah said...

Salam Maal Hijrah.
Yummy! Susah nak dapat kueh koci jualan yg enak.
Now Kak G jarang dah buat ... hubby & myself jer makan. Tu pun my hubby tak kuat makan ... hujungnya Kak G yg mesti habiskan. [Kak G buat pakai inti campuran kacang & kelapa sbb itu kegemaran hubby. :)]