Friday, November 26, 2010

KHAO MOK GAI



Salam....kita jauhkan perjalanan dan singgah sebentar untuk makan Khao Mok Gai atau lebih femes dengan 

panggilan Nasi Komok. Kalau kat sini kita selalu makan briani gam Johor, Briani Syed Bistro,  

JM Briani dsb nya kali ni saya mencuba pula Nasi Komok. Mudah membuatnya dan kebetulan jiran saya 

baru pulang dari Kelantan membawa segala rempah yang saya kirim. Jadi plastik masih panas mestilah kena 

cuba masak kan!

Malam tadi  anak-anak berkumpul sambil membaca Yasin selepas sembahyang Maghrib. Selepas segalanya 

selesai mereka saya hidangkan dengan Nasi Komok yang belum pernah mereka rasa. Sungguh gembira di 

hati bila anak-anak kata makan nasi nyer pun dah cukup sedap. Apatah lagi dengan ayamnya yang semulajadi 

anak-anak memang menggemari ayam goreng!

Teringat pesanan jiran, saya membuat sos nya seperti yang di ajar dan hasilnya amat sedap!

Dengan sos ini barulah ada perbezaan antara nasi ayam dan nasi komok.

Oleh kerana rempah yang saya guna dtg dari thai maka saya mencari alternatif lain utk mereka yang tak punya rempah ori tu....

maka terjumpalah ini.....


For the Spice Mix
(Sumber dari web)


# ini adalah alternatif kepada mereka yg tak punya rempah komok asli.
Apa pun yg ori tu memanglah lebih sedap ya......

2 tsp curry powder (I used a Malaysian meat curry powder)


1 tsp ground turmeric

1 tsp ground coriander

1/2 tsp ground cumin

1/2 tsp cinnamon powder

1 tsp salt

1 tbsp sugar


dan untuk cara memasaknya gini....


NASI KOMOK

BAHAN-BAHAN

5 cawan beras basmathi

4 sudu minyak sapi

4-5 ulas bawang merah*

1 Inci halia*

4 Ulas bawang putih*

3 batang akar ketumbar

2-3 Sudu rempah komok

200 ml susu cair

1 ekor ayam

8 cawan air

garam secukup rasa

Rempah penumis.


CARA MEMASAK:-


1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)

2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.

3.Hiris nipis bahan bertanda *

4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.

5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.

6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.

7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.

8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.

9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.

10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.



BAHAN SOS CILI
( Gandakan bahan untuk lebih sos)

1 Cawan air kuah nasi komok*

6 biji cili merah*

2 Ulas bawang putih*

4 tangkai daun ketumbar*

gula, garam ,cuka
(secukup rasa)



CARA MENYEDIAKAN:-

1. Kisar semua bahan bertanda *.

2. Masak hingga agak pekat.

3. Perasakan ia dengan garam, gula(jika ada guna gula nisan dari thai) dan cuka (saya guna limau nipis) secukup rasa.

4. Hidang bersama nasi komok.

# Sos nasi komok walaupun nampak simple tetapi ia punya rasa tersendiri.Jika suka lebihkan daun ketumbar.Kisar sekali batang dan daunnya. Tambahkan cili padi utk lebih rasa pedas (Anak-anak saya tak makan pedas jadi saya tak letak cili padi)
Sos ini lebih enak jika terasa pedasnya..

 Bertambah enak jika di renih perlahan sehingga agak pekat.

Taburkan hirisan daun dan batang ketumbar pada sos yang telah masak.


8 comments:

Anawahid said...

as salam kak azian, teruja tgk nasik komok tu, nk tnya kak, SPICE MIX yg akak buh bahan2nya, itu untuk rempah komok yg original dr thai tu ke kak?... itu bhn2 kalo kita x de original rempah komok kek kak... hehehe... mahap bertanya, teruja punya pasal... heheh

noor said...

Salam....baru firs time dengar nama nasi nih. Thanks kerana sudi berkongsi ye.

azian said...

Salam,

Ana, spice mix itu utk mereka yang tiada rempah komok dari thai. Selamat mencuba!

Noor,
Saya pun baru ajer di kenalkan oleh jiran. Try buat dgn cara saya sendiri.

♥LOVE2COOK♥ said...

First time dengar title dish ni kak! Tapi nampak confirm sedap!!! Uishhhh laparrr! :D

Rs Ida said...

sy pernah dengar nama nasi ni dan pernah makan..tp..dah lama..tibe2 mengidam mau makan nasi ni balik..huhu..sedapnya..nyum3..

SoniaCollectionz said...

Aslmkm smua...ni nsi kgemaran sy...sy dh biase mkn dri budk2 lg smpai skrg...kalo d pg raya,khao muk gai hidangan wajib kteorg... :-)

HomeKreation said...

Aslmkm Azian. Along dah cuba dah nasi Komok ni. Thanks for sharing. Sedap harum bau nya.

Nastyna said...

Akak, mohon share resipi ni yer.