Wednesday, October 20, 2010

Aneka Roti


Malam tadi seorang teman tuan punya blog manis mulut telah memberikan link sebuah video dari you tube . 

video telah menunjukkan teknik membentuk roti red bean bun. Terasa rasa aje nak meroti. Anak-anak pun 

selalu cakap ibu dah lama tak buat roti. Ya lah.... sejak mula berpuasa hingga kini saya tak lagi meroti.

Hari ini saya menyahut keinginan di hati dengan membuat roti dan membentukkannya kepada beberapa bun 

kerana selera anak-anak berbeza-beza.....

Ada yang minta ini....kegemaran Imran.

Sausage Bun



Chicken Floss kegemaran kakak



Red Bean Bun untuk Lisa

dan yang ini saya pelajari dari you tube semalam....

untuk ibu juga...


Puas hati anak-anak saya kerana dapat makan bun kegemaran mereka panas-panas. Berbaloi betul rasa, 

saya  masuk kelas untuk mempelajari teknik membuat roti.Walaupun punya resepi yang selalu di buat sebelum 

ini tetapi mempelajari teknik yang betul adalah perlu!

ROTI

BAHAN-BAHAN

250 gm tepung roti

1/2 tbsp susu tepung

30 gm gula kastor

6 gm yeast kering

100 ml air

30 gm butter

1/4 tsp bread improver

20gm telur

CARA MENYEDIAKAN:

1.Masukkan semua bahan kecuali butter. Uli sehingga adunan sebati. 

2. Masukkan butter dan uli lagi. Doh sempurna di uli apabila sedikit adunan di ambil dan renggangkan ia. Jika tidak berlubang spt roti canai yg di tarik/tebar maka bermakna ia sudah sempurna.

3. Tutup dgn kain lembab dan biarkan ia di tengah panas/ tempat berbahang sehingga adunan naik 2 kali.

4. Tumbukkan doh yg telah naik dan bahagikan doh mengikut berat yang dikehendaki. Untuk doh yg comel 

anggaran 4o gm satu. Bulat-bulatkan ia sehingga habis adunan dan biarkan doh 'rehat' sebentar.

5. Bolehlah bentuk mengikut kehendak masing2 setelah doh kembang. Biarkan ia 'naik ' sebentar .

6. Griskan dengan egg wash ( telur+ susu segar),

7. Bakar hingga kekuningan dengan suhu 160-C.

8. Keluarkan dan sapukan butter di permukaan roti.







3 comments:

Dahlia Nawi said...

klu mcm ni gayanye..dah blh jual sgt dh nii..
terliur nengoknyee

azian said...

Dahlia, nanti kita buka azian bakery ok tak? hihihi......InsyaAllah.

Anonymous said...

Hey there! I understand this is kind of off-topic however I needed to
ask. Does operating a well-established blog such as yours take
a lot of work? I am completely new to blogging however I do write in my diary everyday.

I'd like to start a blog so I will be able to share my experience and views online. Please let me know if you have any kind of suggestions or tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!

Take a look at my blog post :: healthy diet plans for women to lose weight
my web page - best diet