Friday, August 13, 2010

TELUR BUNGKUS




Assalamualaikum bertemu kembali setelah tiga hari kita berpuasa.Bila bertukar jadual baru keadaan begitu 

tidak mengizinkan untuk saya mengulit cik lappy ni. Semalam kami sekeluarga berbuka dengan Nasi Putih 

berlaukkan Daging Kicap Berempah dan Telur Bungkus. Dirumah ni sayur agak kurang sikit so saya 

masukkan aje sayur-sayuran kedalam masakan tersebut tanpa memasak dia saja. Kebetulan roti masih 

banyak dan tentu tak habis nanti lalu saya buatkan Sardin Roll dan Sausage Roll.

Kepada yang nak cuba Telur Bungkus saya gunakan resepi yang simple aje dan kebetulan yang ada hanya 

mince chicken lalu intinya agak halus sedikit. Selalunya saya gunakan ayam yang di potong kiub kecil-kecil. 

Kita buat dia kan, apa sajalah......





TELUR BUNGKUS
Sumber: Azian Collections.

BAHAN-BAHAN

1 Peket mince chicken

4 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang merah

4 Sudu besar cili kisar

1 Sudu besar tomato pure

1/2 inci halia

1 batang serai 
(titik)

1 /2 labu bawang besar
( Potong kiub)

2 Helai daun limau purut

1 Sudu besar sos tiram

3 Sudu besar sos cili

Sedikit garam dan gula

1/2 cawan mix vege

1 biji limau nipis

2 Biji telur


CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumis bahan yang di tumbuk hingga berbau wangi dan masukkan serai dan daun limau purut.

3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing atau naik minyak.Masukkan sos cili dan sos tiram pula.

4. Masukkan pula daging kisar yang telah digoreng dengan sedikit minyak,mix vege dan bawang besar.Gaul rata dan masak hingga bawang agak layu.

5. Sempurnakan segalanya dengan garam dan gula secukup rasa serta perahkan limau. Gaul rata.

6. Goreng telur seperti memasak telur dadar tetapi gelekkan kuali supaya ruang bertelur agak luas dan telur dadar agak nipis. Setelah masak( bahagian tepi telur agak renggang dari kuali) Tebarkan di atas sebuah mangkuk (bowl). 

7. Masukkan ayam yang di masak tadi dan lipat telur yang berlebihan. Letakkan pinggan leper di permukaan mangkuk dan terbalikkan. Letakkan sos sebagai penghias dan perasa.




6 comments:

indahhouse said...

salam kak azian,
Bestnya.. saya pun suka telur bungkus ni bila ada mix vege. cantik telur bungkus kak azian tu. saya buat terburai. hihi.

HALAMANKU said...

Salam kak Azian syedapnyer.. lelagi wat sendiri.. tgk tu gebu n penuh isi.. mmm terliur tengok he he he

CIKGU ZAM said...

salam kaka Azian,
melihat kepada corak kemas pusingan sos pada telur tu, tergambar kecekapan pembuatnya,
Tahniahhh

azian said...

Salam Indah,
Apa-apa pun kena selalu buat baru dpt yg terbaik.
Cuba ikut spt yg akak tulis Insya Allah cantik jd nyer....cuba lg k...

azian said...

Salam Erma,
Memang mewah isinya tu...anak2 puas makan...

azian said...

Salam Cikgu Zam, terima kasih atas pujian tu...
Selalu buat ....dptlah begitu....