Thursday, June 24, 2010

PIE TEE


Semalam kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran suamiku. Selain masak Nasi Hujan Panas, Kari 

daging tetel dan Ayam masak merah aku turut menyediakan Pie Tee sebagai hidangan. Mengapa tidak 

membuat kek atau cupcakes? Sebenarnya suamiku kurang meminati makanan atau kuih manis-manis. Maka 

aku memilih hanya yang disukainya saja.

Acuan Pie Tee yang ada usianya melebihi 19 tahun.Masih kuat dan gagah di dalam simpananku. Sejak dulu 

lagi aku memang berminat dengan kuih ini. Lalu ia merupakan salah satu 'barang' yang ku beli di awal 

perkahwinanku. 

Kebetulan aku tertarik dengan resepi Pie Tee di dalam majalah Buletin IOI ketika berjumpa doktor di sebuah klinik. Sempat aku 

meminta anakku menyalinnya. Bila aku mencuba, hasilnya amat memuaskan.


BAHAN-BAHAN

PASTRI

250 gm tepung gandum

20 gm tepung beras

20 ml santan

500 ml air

10 gm gula

5 gm garam

2 biji telur


CARA MENYEDIAKAN

1. Campur semua bahan gaul hingga sebati dan tapis.

2. Panaskan acuan Pie Tee didalam minyak penuh dan celupkan ke dalam batter. Masukkan kedalam minyak panas dan kuis-kuiskan sedikit agar ia lekang dari acuan. Masak hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan. Ulangi proses yang sama hingga habis.


INTI

Carot

Sengkuang

kacang buncis

Isi ayam

Isi Udang

Bawang putih

lada sulah

Sos tiram

minyak bijan

Sedikit tepung jagung


CARA MEMASAK

1. Tumbuk bawang putih. Potong sayur-sayuran seperti batang mancis atau kiub. Cincang ayam & udang.

2. Tumis bawang putih dan masukkan isi ayam & udang . Gaul rata dan masukkan pula sos titam dan lada sulah. 

3. Masukkan sayur-sayuran dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika perlu.

4. Bila sayur hampir masak masukkan tepung jagung yang telah di cairkan,garam dan sedikit gula serta minyak bijan. Gaul rata dan angkat.

5. Isikan kedalam pastri (hats)


BAHAN SOS

5 Bijicili merah

1 Ulas bawang putih

2 -3 Sudu sos cili

Gula & garam

1 sudu tepung jagung


CARA MENYEDIAKAN

 Kisar cili dan bawang putih dengan sedikit air. Masak di atas api yang sederhana hingga cili mula berubah warna. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tepung jagung untuk memekatkan sedikit sos tersebut.





Inilah rupanya acuan Pie Tie yang ku gunakankan untuk membuat pastri Pie Tee atau Top Hats.

Lama sungguh tersimpan. Hanya di gunakan sekali sekala saja. Aku sendiri tidak ingat di mana aku 

memperolehinya. Mungkin ada di kedai-kedai yang menjual barang-barang tembaga.

Ianya agak berat dan apabila diletak kedalam periuk ia akan mudah tenggelam.

Memang enak dimakan terutama jika 'hat' nya ranggup.

Kepada yang ingin menikmati Pie Tee yang enak, buat masa ini padaku yang terbaik adalah di Little Penang 

Cafe Mid Valley. Jika ke situ pasti Pie Tee  tidak aku lupa!




3 comments:

Lovely Kitchen said...

sedapnya kak yan pai tee..fav ni tp pernah buat...xde acuan la...nk kena cari gak nih..terliur!!

sue said...

sedapnya..selalu mkn..tp x pernah buat..minta share resipi blh

azian said...

Sue,
Try la buat sendiri...lebih puas hati sbb kita boleh adjust ikut citarasa sendiri. Selamat mencuba...