Saturday, April 24, 2010

TORTILLA


Bosan dengan rutin hidangan nasi maka untuk malam ini aku cuba menukar menu untuk makan malam. Kebetulan dewasa ini hampir kebanyakan 'fast food' menawarkan Tortilla. Baru-baru ini aku menikmatinya di A&W. Tetapi aku yakin dengan rasa pedas ala-ala thai nya pasti akan membantutkan selera anak-anak ku. Maka aku pun mengisikan nya dengan apa yang menjadi kegemaran anak-anak dan yang pasti apa yang ada di dalam peti sejuk. Kebetulan aku sempat mencapai tortilla di pasaraya Jusco petang tadi. Kepada anak-anak ku , lain kali kalau nak buat tortilla begini yea.....

BAHAN-BAHAN

1 peket Tortilla

Daging burger

Pop corn ayam

Tuna spread

Mayonise

Sayur-sayuran
(salad, timun, tomato dsb)

Cili sos

Jeruk sayur-sayuran
(jika suka )


CARA MENYEDIAKAN

1. Panggang daging burger. Sejukkan dan potong panjang-panjang.

2. Goreng Popcorn ayam . 

3. Cincang jeruk sayur-sayuran spt buah zaitun, zucini dsb. Campurkan bersama mayonise.

4. Sapukan kulit tortilla dengan tuna spread.

5. Susun salad ,timun dan tomato.

6. Susun daging burger. Sapukan mayonise.

7. Taburkan popcorn ayam dan lipat/gulung tortilla.

8. Panggang di atas pemanggang /kuali leper sebentar di kedua-dua belah permukaan tortilla.Angkat dan hidang.

1 comment:

CIKGU ZAM said...

salam, antara kegemaranku yg sudah lama tidak nikmati, mcm spesis kuih gulung lak nampaknye