KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, February 2, 2010

PIZZA



Terpikat dengan N3 Kak Ina dari Tertunailah Hasrat di Hati maka akupun terpanggil untuk mencuba resepi pizza yang di beri.  Memang hari ini aku merancang untuk memasak sesuatu yang lain dari nasi. Jemu pula rasanya hari-hari makan nasi. Pilihan yang pasti tidak akan di tolak ialah Pizza. Untuk resepi yang di beri oleh Kak Ina aku tambahkan menjadi 1 1/2 adunan dan mendapat 4 loyang hidangan Pizza. Habisss semuanya.... Kepada Kak Ina, Thanks for the receipe . Berbaloi gituuu.... Rotinya yang gebu dan ranggup memikat selera anak-anakku dan ibu nye jugaaaa...... sorry yea kat Ina, saya c&p resepi akak untuk panduan teman lain yang berkunjung kat sini pula .....


BAHAN-BAHAN



• 250 g tepung roti (high protein flour)

• 130 ml air

• 1/2 camca teh garam

• 1/2 camca besar gula

• 1 camca teh yis (instant yeast)

• 1 camca besar madu

• 1 camca besar lemak sayur (shortening)

• 2 camca besar minyak zaitun (saya guna minyak masak)

• 2 ulas bawang putih, cincang halus

• 1 camca teh oregano kering

CARA-CARA

1. Ayak tepung dalam satu bekas.

2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.

3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)

5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

SOS - Saya guna yang instant.

2 Labu bawang putih(cincang)

1 peket daging cincang

1 Tin sos spagetthi tradisional

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan masukkan daging cincang.Masak hingga daging agak empuk. Masukkan sos spagetthi  dan masak hingga agak pekat.



CARA-CARA


1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.

2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.(akak guna loyang ajer)

3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

4. Ratakan sos daging dan letak sosej ayam.

5. Letak pula cili benggala, cendawan butang, capsicum merah/hijau, kiub nanas dan taburkan mozarella cheese.

6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. Dah masak taburkan aji shio rata-rata


5 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Azian.....Pizza memang mendapat tempat di hari ramai orang kan?

HALAMANKU said...

Salam Kak Azian syedapnyer... erma lama cuti mempizza... oven demam x sempat nak anto spital lg... maklumler dah uzur.. bawa pinggan kosong ni... nak pizza..

AZIAN said...

Salam ,

Watierman, betul betul betul.... terutama anak-anak.

Erma,
Kesian nya oven awak tu...cepat2 anto spital nanti melarat... alamak...pizza dah habis dah...di belasah dek squad futsal akak ni....nanti dtg lagi yea....

fzi said...

Salam Azian...
Salam kenal ya...
Sedapnya pizza...akak pun nak try buat lah...dulu ada buat sekali dua, tapi isau nak buat lagi sebab doh asyik terkeras je...hehe

AZIAN said...

Salam fzi, ini first time buat resepi tu, jadi dan sedap....cubalah.....