Thursday, February 4, 2010

DUMPLING GORENG 2



Projek yang tertangguh agak lama walaupun kulit dumpling telah kubeli dan menjadi penghuni peti sejuk sekian lama. Kebetulan telah terasa-rasa ingin makan dumpling goreng maka aku merajinkan juga untuk membuatnya. Bukan apa hanya agak rumit untuk mencincang ayam dan udang. Tapi kalau rajin semua bolehhh... Seperti biasa hidangan ini sekejap aje bersih dari pinggan hidangan. Siap ada permintaan lagi tu...lain kali buat inti ayam saja tanpa mencampur seafood. Begitulah anak-anak, memang tak boleh berenggang dengan ayam!
Kali ini aku melipat kulit dengan cara yang dapat menghasilkan kulit yang ranggup dengan lebih banyak. Itulah permintaan anak-anakku.

BAHAN-BAHAN

3 Ketul ayam*

300 gm udang*

2 Ulas bawang putih*

Daun bawang*

1/2 biji bawang besar*

Sehiris besar halia*

2 Sudu sos tiram

Lada sulah, minyak bijan

1 Sudu teh Corn starch

1 Biji putih telur

1/2 cawan air

Kulit dumpling secukupnya

Kuning telur sebagai gam


CARA MEMASAK

1. Cincang semua bahan bertanda * dan asingkan.

2. Tumis bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul rata.Masak hingga separuh masak. 

3. Masukkan isi udang dan kacau agar bercampur rata dengan ayam. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan sos tiram . Masukkan sedikit air supaya sebati semuanya. 

4. Tuang putih telur yang telah dipukul sebentar dan corn starch yang telah dicairkan. Masak sebentar .. Masukkan pula 1 sudu teh minyak bijan  dan daun bawang serta bawang besar. Gaul rata dan angkat. Sejukkan.

5. Masukkan sedikit inti ditengah-tengah kulit dan sapukan telur disekeliling Kulit.(ukurlilit) Lipat segitiga seperti melipat tudung dan rapatkan.Lipatan terpulang kepada kreativiti masing-masing.

6. Setelah siap, goreng dalam api yang sederhana. Setelah garing, angkat dan toskan.




2 comments:

Fiza Nordin said...

salam k azian...

nak tanye...dumpling ngan wantan same ke?pernah makan wantan,stim...sedapnye...dumpling ni camne plak erk???

AZIAN said...

Fiza, wantan dan dumpling lebih kurang sama. Cuma kulit dumpling tebal sedikit. memang wantan sedap di buat stim atau sup tapi kalau di rumah akak digoreng lebih cepat habisss....