Thursday, February 11, 2010

AYAM MASAK HITAM



Kembara jalananku mencari resepi yang ku kira disenangi oleh anak-anak diteruskan lagi. Memang payah hendak memilih makanan yang disukai oleh anak-anak. Silap hari bulan penat memasak ajeee....
Langkah kakiku terhenti di Teratak Dayang Jack dan sebenarnya pada pandangan kali pertama lagi dulu hati dah berkenan kat  hitam-hitam sitampuk manggis ini. Rasa ingin mencuba baru tiba hari ini. Ketika N3 ini ku tulis, masakan hampir pekat di dalam kuali. Ini kes terlebih rajinlah kiranya....Lauk belum masak n3 dah siap hehehe... Bukan apa esok lusa dah nak cuti seminggu. Semua anak-anak berada di rumah dan tentulah tahap ke-busy-an aku akan sampai kepuncak....belum tentu terusik cik lappy kita ni... ye ke? hehehe..... Apa pun saya c&p resepi Ayam Masak Hitam dari Teratak Dayang Jack untuk panduan anak-anak akan datang dan juga teman sesawang yang turut ingin mencuba resepi ini. Thanks Dayang for the receipe........


Bahan Perapan :

• 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)

• 4 ulas bawang putih (ditumbuk)

• 1 inci halia (ditumbuk)

• 1 sudu makan serbuk kunyit

• 2 sudu makan air asam jawa

• garam secukupnya

Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama 1 jam. Kemudian goreng hingga 3/4 masak.



Bahan Kuah :

• 1 labu bawang besar (dikisar)

• 2 biji bawang merah (dikisar)

• 1 batang serai (dikisar)- saya guna 2 batang.

• 1/2 inci lengkuas (dikisar)

• 1 helai daun pandan (disimpul)

• 1/2 cawan santan

• 1 sudu makan kerisik

• 4 sudu makan cili kisar

• 1 sudu besar kicap pekat

• 3 sudu makan kicap manis

• 1 batang kulit kayu manis

• 1 sudu makan madu

Cara-cara : Tumis bahan2 kisar, cili kisar, daun pandan dan kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian, masukkan ayam dan sedikit air. Gaulkan. Masukkan kicap pekat, kicap manis, santan, kerisik dan madu. Kacau dan masak hingga kuahnya pekat.

2 comments:

ijan said...

Salam Kak Azian,
Ayam masak hitam sedap kalau makan dengan nasi tomato tue.. kite suke jugak masak hitam gini cuma buat dengan kamben.hehe

AZIAN said...

Ohhh... ye lah ijan, masak dgn kaben tentu lebih umpphh....anak2 akak suggest masak ketam begitu...sedap juga yea.....