Monday, January 11, 2010

AKTIVITI PERTAMA 2010

Memandangkan bulan Januari ada seramai 4 orang yang menyambut hari kelahiran termasuk aku maka atas inisiatif keluarga abang ipar ku di Seremban telah mengadakan majlis BBQ bersempena meraikannya. Ini juga merupakan gather-gather kali pertama di tahun 2010 bagi pihak keluarga sebelah suamiku.




Aku membawa cupcakes ini sebagai meraikan  majlis tersebut. Ini merupakan salah satu design yang ku buat.



Tengok pada angka-angka yang tertulis semuanya dah veteran. Hanya ada seorang merangkap cucu saudara kepada suamiku yang berusia 5 tahun turut sama lahir pada bulan Januari.




Upacara memotong kek. Waktu tu aku tengah makan nasi lemak...so biar dia orang ajelah yang tolong potongkan. Yang sebelah aku tu abang iparku yang pertama Abu Samah dan disebelahnya itu Cikgu Besar Jamaluddin abang iparku yang kedua. Peserta keempat iaitu cucu kepada Abu Samah, Danish & family tidak dapat datang kerana ada hal yang lebih mustahak.




Hahaha,itu jalan yang terbaik untuk marakkan bara api......orang muda semua boleh....




Ada sata jugakkkk... dibawa khas dari Terengganu gitu...Ini fav akakkkkk....



Ada sate juga... selain nasi lemak, pulut kuning, agar-agar cendol, ketupat, rendang ayam dan macam-macam lagi...Aku juga sempat marinate sotong dengan BBQ sos. Tapi gambarnya tak sempat nak ambil. Seronok berborak lama tak berkumpul dan juga sebok makannnn... Apa nak...sume aaaddaaa... 

 

Bergambar sebelum balik kerumah masing-masing. Yang veteran aje....yang muda-muda version lain plak.



2 comments:

ikiqzana said...

nmpk sedap cupcake tu.. skrg tgh nk belaja wat jugak..

E-na Zarina said...

Salam kak...cantiknya cupcakes akak tu! pandai deco...sukeeeee!