Sunday, November 22, 2009

AGAR AGAR SANTAN




Pagi tadi semasa memasak Bihun Goreng untuk sarapan hari ini aku sempat  juga menyambil memasak Agar-Agar Santan yang akan ku bawa sebagai ole-ole untuk room mate anak sulongku . Itu yang sempat ku masak kerana kami akan bertolak pagi selepas sarapan.
Untuk resepinya bolehlah imbas kembali resepiku yang terdahulu. Selalunya aku membuat agar-agar ini untuk kemajlis kenduri jiran-jiran atau saudara. Inilah buah tangan yang paling mudah dan cepat disediakan. Malah selalunya digemari ramai. Aroma gula melaka dan daun pandan serta santannya begitu 'manis'. Jika dahulu(waktu anak dara) selalu mendapat tekstur santannya yang halus. Atau ada kalanya 'berkepala'. Aku lebih sukakan yang 'berbunga' seperti kemenyan .Inilah hasil rajin bertanya kepada orang yang lebih arif......



2 comments:

CIKGU ZAM said...

sebenrnya klu kita rajin bertanya mmg hidup kita akan bertambah selesa dan lebih nikmat kerana kita sentiasa memperbaharui apa yang telah kita lalui dan bakal kita tempuhi,

MamaFaMi said...

Sedapnya agar-agar Azian sebab layer santannya tebal. Mama suka cam tu...