Sunday, September 27, 2009

KURMA TULANG



Selalunya jika kepasar aku tidak akan lupa membeli tulang lembu. Kebiasaannya menu sup akan
menjadi pilihan yang begitu pasti sekali untuk tulang.Sambutan yang amat menggalakkan
membuatkan aku seringkali melupakan resepi-resepi lain yang juga enak.
Pertama kali menikmati 'Kurma Tulang' adalah ketika bertandang kerumah mertua kakak
iparku di Langat. Dan semestinya air tangan orang veteran tidak dapat dinafikan keenakannya
sementelah lagi arwah memang terkenal dengan kepakaran memasak. Sebagai menantu, kakak
iparku juga punya kepakaran itu . Masakan beliau 'sodap-sodap belako'. Resepi kali ini adalah
'version' aku. Kombinasi dari yang selalu ku masak dan resepi kenduri yang aku ikuti ketika
tinggal di Menara Seri Cendana dulu.
BAHAN-BAHAN:-
1 Kilo tulang lembu
(direbus sehingga empuk)
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
1 Peket rempah kurma
1 Peket rempah campak
( kayu manis, bunga lawang
buah pelaga & cengkih)
1 Inci halia
1 Mangkuk santan/ susu cair
2 Biji cili hijau
( belah 2)
1 Sudu serbuk lada hitam
2 Sudu besar kerisik
1 Biji bawang besar
(potong 4)
1 Biji limau nipis
CARA MEMASAK:-
1. Tumbuk bawang merah dan putih serta halia sehingga lumat.
2. Tumis rempah campak dan bahan yang ditumbuk sehingga garing.
3. Masukkan rempah kurma yang telah dicampurkan air dan masak sehingga agak garing.
4. Masukkan air rebusan tulang dan santan. Masukkan pula serbuk lada hitam dan kerisik.
masak sehingga agak pekat.
5. Masukkan tulang, cili hijau dan bawang besar. Tambahkan garam secukup rasa dan perasa (jika suka).
6. Perahkan limau dan angkat. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng untuk bau yang lebih emak.

5 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Wah, lazatnya kak... Bertuahnya family akak, dapat makan air tangan akak selalu...

Jaga diri n kesihatan baik2 tau... :)

zai said...

Aduhai sedapnya nampak kurma tulang nie..nak semangkuk..terliur sangat2..kalau tinggal dekat mau nak singgah umah azian selalu kongsi resepi masakan hehehe..

AZIAN DAUD said...

Salam Zai, Thanks sebab sukakan Kurma Daging saya tu. Selalu2lah singgah kat blog ni...bolehlah kita share resepi... Kurma tulang ni memang sedap sbb tak muak rasa daging nye saja...trylah...

AZIAN DAUD said...

Salam Sofia. Thanks tak jemu singgah blog akak ni.So far anak-anak akak memang sukan masakan akak...terutama abah nye...Tak tau lah sebab appreciate atau tiada pilihan...Masak tu memang minat akak...

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Tak pernak plak..makan kurma tulang seumur hidup..sup tulan adale... Menarik
jemput ke blog & jadila follower
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/