Monday, September 7, 2009

KERABU PUCUK PAKU



Oleh kerana aku dan keluarga akan berbuka dirumah keluarga abang suamiku di Setapak maka

kenalah masak awal sedikit. Puas memikirkan masakan apa yang sesuai. Satu

kegemaranku dalam keadaan begini aku lebih suka memasak makanan yang kurang diminati

oleh anak-anak dan suami. Ku rasakan inilah waktu yang sesuai untukku membuat apa yang

suatu waktu dulu sering ku masak.

Antara masakan pilihan adalah Kerabu Pucuk Paku. Terimbau kenangan lalu ketika tinggal

bersama kedua ibubapaku, setiap kali ramadhan aku sering membuat kerabu. Untuk hidangan

kali ini aku mengandingkannya bersama taugeh dan kerang.


BAHAN-BAHAN

1 Ikat pucuk paku

2 Genggam taugeh

Sebiji limau nipis

4 Sudu besar santan pekat

1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)

3 Sudu besar kerisik

Gula dan garam


DITUMBUK

3 Biji cili merah

3 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)

4 ulas bawang merah

2 Sudu besar udang kering
(disangai)



CARA MEMBUAT:-

1. Celur pucuk paku dan taugeh berasingan sebentar sahaja.

2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang.

2 comments:

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt :)

Mak saya selalu buat kerabu pucuk paku nie :) Sedap kak :)

AZIAN DAUD said...

Salam Sofia. Ye ke...samalah selera kita...