KLIK KLIK NUFFNANG

Wednesday, May 13, 2009

LEMAK TELUR ITIK DENGAN BUAH BACANG


Sabtu lalu aku bersama beberapa jiran sekeliling rumah pergi ke Pasar Tani yang baru dibuka awal tahun di tapak ekspo MAHA berhampiran Putrajaya. Selepas bersarapan kami berjalan melihat apa yang ada di jual. Aku terpandang akan kemah jualan sayur-sayuran kampung dan yang paling menarik perhatianku adalah buah Bacang muda. Sudah lama tidak menikmatinya samaada di masak lemak bersama ikan atau pun telur itik. Kucapai sebiji dan hari ini ia menjadi antara hidangan ku untuk keluarga yang di masak bersama telur itik. Cubalah....
BAHAN-BAHAN
5 Biji telur itik
1 Biji kelapa
1 1/2 Inci kunyit
10 Biji cili api (tambah jika suka pedas)
3 Batang serai
1/2 Biji buah bacang muda
(di potong spt btg mancis
Ramas bersama garam dan cuci)
4-5 ekor ikan bilis.
CARA MENYEDIAKAN
1. Pecahkan semua telur itik kedalam sebuah mangkuk melengkung. Pastikan merah telur tidak pecah.
2. Perah santan sebanyak dua kali sahaja.
3. Tumbuk kunyit hidup yang telah di buang kulit hingga lumat. Tumbuk pula cili padi hingga lumat.
4. Titikkan serai.
5. Masak santan bersama bahan tumbuk,ikan bilis dan serai. Didihkan santan sambil dikacau supaya tidak pecah santan.
6. Tambah garam secukup rasa dan kacau rata.
7. Masukkan semua telur serentak dan biarkan sebentar. Kacau perlahan-lahan hingga separuh masak.
8. Masukkan buah bacang . Kacau rata sebentar dan angkat.
Nota: 1. Santan diramas lama untuk mendapat patinya.
2. Masukkan sedikit garam ketika menumbuk cili
agar mudah lumat.


No comments: