Wednesday, May 30, 2012

Sup Ikan Haruan - Masakan untuk yang berpantang...



Assalamualaikum wbh...

Cuti sekolah telah pun bermula. Anak-anak  begitu gembira untuk bercuti merehat kan sedikit minda ekoran

 dari jadual yang agak ketat.

Tapi bagi yang nak periksa 3-4 bulan lagi tu tak boleh rehat juga kerana pihak sekolah mengadakan kelas tambahan ketika cuti. 

Ada juga anak-anak yang ehem ehem.....masuk jawi kata orang tu....

Yang sibuk tentulah kita emak-emak nya.... memikirkan apakah menu makanan yang sesuai untuk si anak yang sedang 'berpantang' tu.....



Sepinggan nasi dan kacang masak kicap bersama sup ikan haruan.

Jangan salah faham ya....bukan akakkkk yang makan berpantang gini.... Tapi ini lah yang saya masakkan 

untuk anak kedua saya Amirul yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Demam yang kerap hampir 

setiap bulan dan keadaan tosil yang merah dan bengkak setiap kali demam di sarankan oleh Dr pakar agar

 ianya di buang. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan sempurna.

Seperti biasa setiap kali ada pembedahan yang di lalui oleh ahli keluarga, saya pasti akan membeli ikan

 haruan untuk di masak. 

Menurut kata orang tua-tua ikan haruan membantu mempercepat kan proses

 penyembuhan luka. Tak kiralah di masak singgang ker atau sekadar goreng garing. Memang sukar nak

 dapat ikan haruan. kali ini saya membelinya di Pasar Raya Maidin. Duduk dalam aquarium ikan tu......

Bila kita nak baru di tangkap dan di siang. Macam biasalah....kepala dia mesti kena buang. tak lalu saya nak 

nengoknyaa..... Saya cuci ikan  haruan dengan garam dan asam jawa. Lumurkan keduanya pada ikan dan

 perap sekejap. Cuci dan lepas tu saya rendamkan dengan air bercampur tepung. Cuci  semula dan bolehlah

 masak macam biasa.



Anak bongsu saya, Lisa juga menjalani pembedahan kelmarin. Mengikut perancangan sepatutnya 

pembedahan di buat hujung tahun lalu tetapi terpaksa di tunda berikutan pemergian emak ke Rahmatullah.

Alhamdulillah semuanya telah selesai dengan selamat. Kedua-dua anak saya di bedah oleh Dr Megat 

Shiraz pakar ENT dari Hospital Columbia Asia. Anak saya Lisa amat menyenangi Dr Megat dan segalanya 

memudah kan .... Tak da nangis-nangis atau drama-drama kesakitan. Cuma dia menangis nak balik rumah

 sebab nak tengok Oh My English ! hahaha..... Dan dia dibenarkan keluar awal kerana kesihatannya

 begitu memberangsangkan. Siap buat 'pinky promise' dengan Dr Megat. Promise nak makan ubat, minum air selalu makan makanan macam biasa.......

Sekali lagi saya mencari ikan haruan. Kali ini saya ke Pasar Borong Selangor. Ikan yang dibela didalam

 sangkar dari Pahang . Dapat pula petua dari Ah Soh

penjual ikan tu...(suka lihat perwatakan Ah Soh tu yang lembut bicaranya...)

Katanya ikan haruan yang terlalu kecil tidak cukup hormon pada badannya yang dapat membantu proses

 penyembuhan luka dan ikan haruan JANGAN di makan lebih dari 3 kali kerana ia akan menebalkan permukaan luka. 

Wallahualam...saya pun tak tahu sejauh mana betulnya...tapi tak salah kan diambil petuanya itu....

Kali ini saya hanya goreng garing kerana Lisa sukakan ikan goreng. (gambar tak sempat nak snap) Sempat juga saya rasa sedikit. Memang

 tak da bau lumpur atau hanyir yang melampau tu....padan la harganya menjangkau rm 25 sekilo.  

Jadi kalau ada yang nak masak sup tu boleh la tengok caranya ya....senang ajer campak-campak  ajer dan

 sambil tu baca-baca lah apa-apa, selawat ker...... dan niatkan ianya sebagai ikhtiar kita .... 


SUP IKAN HARUAN

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ikan haruan

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 batang serai

daun sup/daun bawang

karot

1 cawan air

sekeping kecil asam gelugur

sedikit lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Tumis bahan yang di mayang dengan sedikit minyak sehingga naik bau atau kekuningan.

3. Keluarkan minyak menggoreng yang berlebihan dari kuali dan tuangkan air.

4. Masukkan serai yang di potong-potong/ dititik dan biarkan air mendidih. Masukkan pula ikan haruan yang telah dicuci.

5. Taburkan lada sulah, asam gelugur, karot dan garam secukup rasa. Tutup periuk dan renihkan sup sehingga ikan benar-benar masak.

6. Masukan 3-4 helai daun sup. Tutup api.

7. Taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng ketika menghidang.


6 comments:

Cendana Kasih said...

Salam kak...uish..ingatkan akak dapat baby baru tadi...hehe

semoga Lisa dan Amirul cepat sembuh yer

ikan haruan ni mmg mahal..kalo nak free, meh pancing belakang rumah saya...hehehe

Azian Nd said...

Wkmsalam Mah, aduhaiii dah tutup kilang la....
Betul tak ingat kan ikan yg Normah bela klu tak memang akak pergi ajer sana...apa pun tkasih....

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum wahh sup haruan... dah berbelas tahun tak makan hehee.. itu pun makan masa berpantang dulu... :)) tq sudi berkunjung yaa... muahhh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

masa akak bersalin anak no. 3 kena operate.. jadi memang kena makan jugalah ikan haruan ni walaupun tekak tak berapa nak lalu.. hihi.. tp tidaklah berbeli ikan haruan tu sbb ikan tu adik tolong carikan kat kg.. alhamdulillah.. dptlah 2,3 ekor..

ada juga petua dr org tua2 kt kg katanya ikan haruan kalau nak buat ubat.. jgn basuh beria sgt (guna air asam & tepong) sebabnya.. lendir/gelatin yg ada pd ikan itulah penawar utk ubat luka tu.. jadi disarankan cuci je ikan tu dengan air paip mcm kita cuci ikan biasa.. sebab kalau cuci dgn air asam.. nnt lendirnya semua hilang jd dah kuranglah 'ubat' pd ikan haruan tu.. akak dulu tak lalu sgt nak mkn isinya kalau dibuat sup.. jd cuma mkn supnya aje campur dlm nasi panas2 sbb dlm sup tu lendir/gelatinnya dah keluar bercampur dngan kuah sup tu.. tp kalau ikan tu digoreng okaylah sikit.. hihi..

Joanne Tan said...

Memang betul tak boleh makan ikan haruan lebih dari tiga kali. Terima Kasih untuk resipi kak

Joanne Tan said...

Memang betul tak boleh makan ikan haruan lebih dari tiga kali.
Terima Kasih untuk resipi kak. Suami saya baru menjalankan pembedahah untuk perdarahan.Ini pertama kali saya akan memasak sup ikan

Salam sejahtera