Selalunya lauk ni pengantin ajer yang makan. Tapi yang bukan pengantin ker, pengantin lama ker boleh
juga...nanti kempunan ajer nengok ayam tergolek-golek tu.....
Yang kali ini bukan pun ayam golek seekor, resepi ajer ayam golek tapi saya guna bahagian paha ayam
ajer. Cuma itu ajer yang ada dalam peti sejuk tu.....
Kali ini saya gunakan rempah kari dari Kelantan. Maka aroma jintan dan ketumbarnya lebih terasa dari
rempah biasa seperti babas,adabi dan sebagainya.
Apabila dah masak ayam nya itu, saya pun keluarkan dari periuk dan grill di atas grill pan ajer.
Ni version malas nak menggunakan oven (sbb malas nak cuci lepas tu...)
Aduh, waktu tu bila aroma ayam yang di panggang tu keluar, rasa tak sabar nak makan...
Lebih-lebih lagi bila kuahnya di curahkan ke atas ayam tu....ermmmm tak dapatlah nak cakap lagiiii....
Makan pulak dengan nasi minyak ni....
Semuanya senang ajer nak masak. Cuma kena rajin dan sabar ajer ...
Jom makan! (bunyi macam Azizah Ariffin...)
AYAM GOLEK
Bahan-bahan
1 Ekor ayam
(saya guna 4 ketul peha /betis ayam )
10 ulas bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
2 biji buah keras*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
5 batang serai*
1 inci kunyit hidup*
2 sudu besar rempah kari
6-10 tangkai cili api*
4 sudu besar kerisik
sepeket kecil rempah penumis
2 mangkuk pati santan
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:-
1. Cuci ayam dengan sedikit tepung. Bilas bersih dan toskan.
2. Kisar semua bahan yang bertanda *. Cairkan rempah dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis, bahan-bahan yang di kisar dan rempah kari. Masak sehingga naik bau/naik minyak.
4. Masukkan santan dan kacau rata. Apabila menggelegak masukkan kerisik, sedikit gula (saya guna gula nisan), garam secukup rasa dan asam keping.
5. Masukkan pula ayam seekor tadi dan kacau dengan mencurahkan kua keatas badan ayam. Seeloknya di masak di dalam periuk supaya ayam tenggelam sedikit di dalam kuahnya.
6. Apabila hampir masak, angkat ayam dan letakkan ke dalam loyang tanpa kuahnya.
7. Bakar didalam oven selama 15-20 minit atau sehingga permukaan ayam agak garing. (saya bakar atas grill pan saja sbb guna bahagian peha sahaja)
8 .Angkat dan curahkan kuah ayam tadi.
6 comments:
salam akak..lama akak tak bersiaran... sedap ayam golek tu..saya selalu golek kat Ayamas jer...hehehe....
Belum pernah buat ayam golek lagi. Selalu beli kat pasar mlm..
zana,selalu akak beli jg..tp kdg2 teringin jugak nak buat...
CK, mood bersiaran tgh turun ni ha...bilalah nak rajin balik ni...Akak pun selalu golek kat ayamas...tambah2 dekat ajer dgn rumah....heheh
Salam Kak Yan.. kalau bukan ayam tu sekor bergolek.. erma lah yang bergolek kalau akak tak bagi raser.. hu hu hu memang nampak sedap betullah ayam tu.. makan ngan nasi minyak alangkah sedapnyer..
wah terliurlah pulak tenguk ayam golek pengantin kamu ni...nampak sedaplah..nanti kalau rajin bolehlah buat.
walaupun mak org n9 tapi tak leh layan pulak tempoyak
Post a Comment