Tuesday, February 21, 2012

AYAM GORENG BAWANG CILI PADI



Masa keluar ambil anak dari sekolah tadi panas berdenting. Bila sampai kat rumah awan mula mendung. 

Cuaca yang tak menentu begini selalunya membuatkan anak-anak sering kurang sihat. Tapi tak mengapalah 

kita jaga saja pemakanan mereka.




Haa...bila cakap pasal makan, hari ni saya masak lauk kegemaran anak-anak saya. Ayam Goreng Bawang 

Cili Padi. Nama ajer cili padi tapi saya letak sikit ajer. Karang ada yang menjerit kepedasan dan tak laku lah 

lauk tu... Bukan ajer anak-anak saya suka emak bapaknya pun suka malah jiran-jiran pun suka....

Sebenarnya lama dah saya tak masak lauk ni bukan apa sebenarnya "rajin" sesangat nak mengupas bawang 

yang setiap kali pasti ada adengan air mata. Lepas tu nak menumbuknya pula...aduhai ...tapi bila nak makan 

sedap punya pasal terpaksalah buat juga...





Mengapa anak-anak saya memanggil nya Ayam Goreng Bawang? Kerana bila makan masing-masing pasti 

nak kan bawangnya lebih. Keharuman bau bawang yang digoreng bersama cili  padi dan rasanya yang  pedas 

-pedas  manis membuatkan anak-anak makan bertambah. Apa lagi bila digandingkan dengan gulai.

Resepi yang mudah tetapi sedap. Jom cuba ...baru tau nikmatnya....


AYAM GORENG BAWANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN

1 Ekor ayam

15 Biji cili padi
(tambah jika suka pedas)

1/2 kilo bawang merah

2 Ulas bawang putih

Gula dan garam

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil-kecil . Bersihkan dan di lumur bersama garam dan kunyit. Goreng garing.

2. Tumbuk cili bersama bawang merah dan putih hingga agak lumat. (tidak perlu terlalu lumat)

3. Tumis bahan yang di tumbuk sehingga agak garing. Masukkan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

4. Masukkan ayam kedalam kuali. Perlahan kan api. Gaul rata ayam dan angkat.

NOTA: Gunakan lebih sedikit minyak ketika menumis.
Toskan minyak dari ayam ketika menghidang supaya ayam tidak terlalu berminyak.



4 comments:

Gee® said...

nak ayam goreng seketoi...

Qasey Honey said...

sedap ayam ni kalau dimakan panas...mintak seketul dua...

inahar ali said...

salam yan..woww w/pun sempoi tp nmpak sedap & menyelerakan..leh akak try resipi ni nnti..mekacehh yan!!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Azian...Nampk menarik gak resipi ni..Dah terbayang2 bau bawang yang digereng bersama ayam tu...